
10 negeri diramal terima ribut petir dan hujan lebat – 7 September 2022. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan melibatkan 10 negeri sehingga 9.00 pagi ini.
MetMalaysia dalam pemakluman di Facebook berkata, cuaca buruk itu berlaku di seluruh Lembah Klang, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.
Di Perak, antara kawasan dijangka terjejas adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Muallim.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Pahang melibatkan Bentong, Maran, Kuantan dan Pekan sementara Negeri Sembilan membabitkan Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.
“Johor melibatkan Tangkak, Muar dan Batu Pahat dan Sarawak pula membabitkan tiga kawasan iaitu Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu),” menurut agensi itu.
Katanya, amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.- FMT
Baca: Akhirnya remaja ini berjaya hasilkan content yang dia sendiri tak akan lupa buat selama-lamanya
Majikan tak bayar gaji, pekerja buat mogok ‘bunuh diri beramai-ramai’
10 lokasi terbaik OOTD di Selangor yang boleh pergi cuti sekolah ini
For my thesis, I consulted a lot of information, read your article made me feel a lot, benefited me a lot from it, thank you for your help. Thanks!