14 maut ketika sedang berkaraoke. Sekurang-kurangnya 14 orang maut dalam kejadian kebakaran di sebuah pusat karaoke di wilayah Binh Duong di selatan Vietnam.
Ketika kejadian, kira-kira 40 orang berada di bangunan empat tingkat itu.
Kebakaran dilaporkan bermula pada jam 9 malam, dan kebanyakan mangsa yang terdiri daripada pekerja dan pengunjung terperangkap dalam bangunan tersebut.
Kebakaran hanya dapat dikawal dalam masa sejam, namun , dilaporkan kembali marak selepas 12 jam kemudian.
Beberapa orang di lokasi kejadian turut mengalami sesak nafas akibat asap kebakaran dan ada pengunjung yang mengalami kecederaan semasa cuba menyelamat diri.
Pihak berkuasa bagaimanapun masih menyiasat punca kejadian.- Astro Awani
Baca: Ini rahsia kenapa wanita Turki cantik-cantik
Jangan mandi-manda di 39 kawasan ini, potensi berlaku ‘kepala air ‘sangat tinggi di sini