4 hari hilang, rupanya dijumpai mati dalam perut buaya Seorang lelaki di Kampung Tabur Lestari, Nunukan yang hilang selepas terjatuh di dalam sungai sejak Khamis lalu ditemukan maut dalam perut buaya.
Memetik laporan Kompas TV, jasad lelaki berusia 29 tahun itu ditemukan dalam perut buaya sepanjang lima meter oleh pasukan penyelamat.
Ketua Bahagian Operasi Pejabat Mencari dan Menyelamat (SAR) Tarakan, Dede Hariana mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia.
“Pasukan SAR Gabungan telah menemui mangs4 dalam keadaan sudah tidak bernyawa di dalam perut buaya pada Isnin,” katanya.
Mangsa pada mulanya disyaki terjatuh dari jambatan Sungai Tabur Lestari dan tiada siapa yang mengetahui bagaimana dia boleh berada di dalam perut binatang itu.
Sementara itu, pasukan SAR juga menjelaskan bahawa mangsa ditemui 500 meter dari lokasi dia terjatuh.
Jenazah mangsa kemudian telah dibawa ke rumah pengebum1an.
Terdahulu, mangsa dipercayai telah keluar bersama bapanya sekitar jam 4.00 petang pada Khamis lalu.
Mereka dikatakan pergi memotong rambut dan membeli-belah untuk keperluan dapur, lapor portal Banjar Masin.
“Kira-kira jam 7.40 malam bapa dan mangsa singgah membeli-belah di sebuah kedai.
“Ketika itu mangsa mengucapkan selamat tinggal dan berkata ingin pulang dahulu kerana terdesak untuk membuang air besar,” kata salah seorang ahli keluarga mangsa.
-Sumber: Kompas TV, Banjar Masin
Baca :Terjatuh dari jambatan, mayat warga emas ditemui lemas
Nelayan tangkap paus paling ‘rare’, dipercayai wujud ketika zaman prasejarah
Banduan transgender hamilkan dua wanita, dipindahkan ke penjara lelaki