59 kakitangan Universiti terlibat dengan rasuah

Share Now
59 kakitangan Universiti terlibat dengan rasuah
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Norazlan Mohd Razali

59 kakitangan Universiti terlibat dengan rasuah. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan seramai 59 kakitangan universiti awam (UA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di seluruh negara ditahan atas pelbagai kesalahan membabitkan rasuah, sejak 2017 hingga Ogos lalu.

Jumlah itu membabitkan 55 kakitangan UA, manakala bakinya tenaga kerja IPTS dengan semua mereka ditahan kerana menerima rasuah, salah guna kuasa, tuntutan palsu dan pelbagai kesalahan kewangan lain.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Norazlan Mohd Razali, berkata seramai 49 daripada keseluruhan orang kena tangkap (OKT), masing-masing 48 kakitangan UA dan seorang tenaga kerja IPTS sudah pun didakwa di mahkamah.

Beliau berkata, semua kesalahan didakwa dilakukan OKT itu membabitkan dana keseluruhan bernilai RM1.32 juta, masing-masing RM1.31 juta direkodkan diseleweng di UA, manakala RM11,800 lagi di IPTS.

Terkini, katanya, terdapat kes membabitkan pengarah di sebuah UA yang ditahan kerana disyaki menerima kereta sebagai balasan membantu syarikat mendapatkan tender bernilai RM1.6 juta, selain OKT sama pernah ditahan kerana memalsukan tuntutan membabitkan dana penyelidikan bernilai RM66,000, sebelum ini.

“Rasuah, salah guna kuasa, konflik kepentingan, salah urus kewangan, penipuan perolehan dan pentauliahan, nepotisme dan pilih kasih dalam lantikan dan kenaikan pangkat, penyebaran imej, audio dan rakaman berkaitan seks bagi tujuan ugutan atau tawaran seks timbal balas bagi gred, kemasukan pelajar tak layak dan pelbagai lagi memberi implikasi serius kepada reputasi institusi, selain memusnahkan nilai teras kejujuran yang cuba diterapkan kepada pelajar.

“Perbuatan tidak jujur dalam kalangan masyarakat pasti akan membawa sesebuah negara kepada bencana sosioekonomi.

“Justeru, menjadi tanggungjawab kolektif individu berjawatan di peringkat universiti dan semua golongan dewasa memastikan rasuah, amalan tidak beretika dan ketidakjujuran tidak menjadi perkara yang dipelajari atau diteladani pelajar,” katanya ketika ucaptama pada Majlis Pelancaran Rangka Kerja Pencegahan Rasuah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Rektor UIAM, Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dan Pengarah Pengurusan Integriti SPRM, Datuk Nor Azmi Karim.- Berita Harian

Baca: Dalam jamban pun nak ‘skodeng’ ke ? Majikan kena kecam kacau privasi pekerja

Kes Gangguan seksual Ebit Liew kena saman

Ketagihan wanita ini dengan s3ks bukan biasa-biasa

1 thought on “59 kakitangan Universiti terlibat dengan rasuah

  1. For my thesis, I consulted a lot of information, read your article made me feel a lot, benefited me a lot from it, thank you for your help. Thanks!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *