Akhirnya remaja ini berjaya hasilkan content yang dia sendiri tak akan lupa buat selama-lamanya. Pekerja landasan dan rakan-rakannya sebelum ini sudah memberi amaran kepada beliau supaya tidak berjalan begitu dekat dengan landasan kereta api. Namun beliau langsung tidak menghiraukan amaran tersebut sehingga beliau mengalami cedera parah selepas dirempuh oleh keretapi yang laju, lapor FirstPost.
Akshay Raj, remaja yang tidak ‘makan nasihat’ di Kazipet Telangana cedera parah selepas dirempuh kereta api. Insiden yang berlaku Ahad lalu difahamkan terjadi selepas beliau berkeras mahu mencipta sebuah kandungan bagi dimuat naik di dalam Instagram. Bagaimanapun, aksi itu terbukti gagal, dan akibat impak perlanggaran itu, dia terpelanting ke udara.. Keseluruhan kejadian itu dirakamkan dan klip itu telah tular.
17-year-old grievously injured while making Instagram reel at railway track near Kazipet in #Telangana. pic.twitter.com/2iuisZdVCj
— Ashish (@KP_Aashish) September 5, 2022
Video itu dikongsi oleh seorang pengguna Twitter. Di bahagian kapsyen, beliau menulis, “Remaja 17 tahun cedera parah ketika membuat Instagram Reels di landasan kereta api berhampiran Kazipet di Telangana.”
Menurut laporan Telangana Today, remaja itu, yang dikenali sebagai Akshay Raj, adalah pelajar dari Waddepally. Dilaporkan, selepas kejadian itu, seorang pengawal kereta api terus menghubungi polis. Tidak lama selepas itu, sebuah ambulans membawa remaja terbabit ke Hospital MGM kendalian kerajaan.
Dia kemudiannya dipindahkan ke hospital swasta oleh keluarganya. Menurut laporan hospital, Akshay telah mengalami patah tulang kaki dan kecederaan di muka. – The Vocket
Baca: Malaysia menjadi pilihan PATI datang melacur
Cegah anak anda daripada menjadi mangsa gangguan seksual dengan langkah ini !
Remaja 15 tahun dibakar, melecur teruk akibat dituduh curi RM100