“Aku penat berpura-pura”-Elyana hilangkan diri, mahu cari diri sebenar

Share Now

"Aku penat berpura-pura"-Elyana hilangkan diri, mahu cari diri sebenar

“Aku penat berpura-pura”-Elyana hilangkan diri, mahu cari diri sebenar PENYANYI Elyana memberitahu dirinya bukanlah seorang yang sesuai untuk dijadikan contoh oleh masyarakat apatah lagi dianggap sebagai individu kuat berdepan dengan penyakit kanser.

Elyana atau nama lengkapnya Erneelya Elyana Emrizal, 32, berkata, dia sudah tidak mampu lagi untuk berpura-pura bahagia dan kuat selain berasa tidak gembira dengan orang yang berada disekelilingnya.

Katanya, dirinya sudah tidak boleh lagi untuk menjalani kehidupan sebegitu dan berusaha untuk pergi jauh ‘menghilangkan diri’.

“Selama ini orang anggap saya kuat, tapi sebenarnya tidak. Selama ini saya hanya berlakon menjadi kuat meskipun berpijak di bumi nyata, saya tidak kuat pun.

“Kepakaran saya ialah berlakon, jadi saya tunjuk kuat dan bahagia, namun sejujurnya saya tidak kuat dan bahagia.

"Aku penat berpura-pura"-Elyana hilangkan diri, mahu cari diri sebenar

“Siapa yang menjadikan saya sebagai contoh atau anggap saya ini seorang yang positif, mungkin sudah boleh lupakan sahaja semua itu. Saya sudah penat untuk berpura-pura dan tidak tahu untuk lakukan apa lagi,” jelasnya.

Dalam siaran live di Instagram itu juga, Elyana turut meluahkan rasa kesal apabila gagal mendapat sokongan daripada individu terdekat.

Namun penyanyi itu tidak mendedahkan siapakah individu yang dimaksudkan.

“Saya sudah tidak boleh hidup macam ini. Sama ada saya lari jauh-jauh dan tidak timbul dah atau telan sahaja semua sengsara. Tiada orang cuba faham, tetapi orang mempunyai rasa ingin tahu.

“Saya faham perasaan ingin tahu itu lebih kuat daripada ingin memahami. Saya cuba hendak bahagia, tetapi orang negatif masuk campur, saya penat sebab cuba untuk kuat dan sembuh, untuk positif.

“Tetapi orang sekeliling ini cuba menjatuhkan saya. Tipu kalau saya tidak cari jalan keluar, saya juga sudah berjumpa dengan psikiatrik, tetapi tetap tidak jumpa jalan keluar.

“Saya sudah tiada keinginan lain lagi, walaupun pergi ke tempat yang menarik, tetapi jiwa tetap rasa tidak bahagia,” katanya.

Sementara itu, menerusi siaran live kedua di Instagram, Elyana merancang untuk membeli tiket penerbangan, namun masih belum membuat keputusan sama ada ingin memilihi destinati tempatan atau ke luar negara.

Elyana menjelaskan dia ingin mencari ketenangan diri dan merancang untuk bertolak pada hari ini juga.

“Saya perlu juga pergi malam ini untuk mencari semula siapa diri saya, saya ingin mencari ketenangan saya balik,” katanya.

Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Cinta Sumayyah dan Cahaya Ramadhani. -Sumber : mstaronline

Baca: [Video] Tak cukup hina islam, ‘bukak aib sendiri’. Wanita mengaku ada 7 boyfriends

Kereta ‘Influencer’ di tarik, tak mampu bayar Range Rover

Neelofa sokong Puteri Sarah, bangga dengan keputusan PS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *