Anak angkat dipukul sampai lebam, netizen kecam tindakan wanita gunakan kekerasan

Share Now

Anak angkat dipukul sampai lebam, netizen kecam tindakan wanita gunakan kekerasan

Anak angkat dipukul sampai lebam, netizen kecam tindakan wanita gunakan kekerasan Sudah menjadi lumrah setiap ibu bapa atau penjaga mahukan yang terbaik buat anak jagaan mereka. Malah, terdapat ibu bapa yang sanggup berhenti kerja semata-mata untuk fokus menjaga anak mereka bagi memastikan anak tersebut dapat membesar dalam keadaan yang baik serta bebas daripada trauma.

Dalam pada itu, masih terdapat lagi segelintir ibu bapa atau penjaga yang memilih untuk melakukan kekerasan yang melampau sekaligus memberi kesan kepada fizikal dan mental anak kecil.

Terbaharu, tular di media sosial menerusi perkongsian Instagram @iesyatoh2 dan @theaqil7 di mana mereka telah memuat naik kes dera melibatkan seorang individu yang melakukan kekasaran dengan memukul anak angkatnya bernama Alia pada bahagian tangan dan mulut menggunakan penyangkut baju serta batang penyapu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AQIEL ✨ (@theaqil7)

Memukul dan mengugut mangsa secara keras telah membuatkan para netizen terkejut serta berang dengan layanan wanita yang didakwa pernah menjadi scammer ini. Malah, Caprice serta beberapa lagi netizen turut meluahkan rasa sedih serta sedia menghulurkan bantuan dalam memastikan kes ini terbela.

Anak angkat dipukul sampai lebam, netizen kecam tindakan wanita gunakan kekerasan

Anak angkat dipukul sampai lebam, netizen kecam tindakan wanita gunakan kekerasan

Menerusi tinjauan di ruangan komen, difahamkan kejadian ini telah berlaku di Eco Majestic Semenyih. Alia telah diselamatkan oleh pihak polis manakala wanita tersebut telah ditahan. Walau bagaimanapun, orang ramai berharap agar kes ini tidak dilepas pandang dalam memastikan situasi seakan Bella tidak lagi berulang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *