Baling Diisytiharkan Kawasan Darurat Bencana Tahap 1 Dan Tahap 2

Share Now

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata beliau seboleh-bolehnya mahu kawasan yang kritikal akibat terjejas banjir di Baling diisytihar sebagai kawasan Darurat Bencana Tahap 1 atau 2.

Pengisytiharan itu amat penting buat masa ini bagi mempercepatkan operasi bantuan daripada agensi negeri dan Persekutuan (belanja kecemasan) berdasarkan bajet sedia ada di agensi masing-masing.

 

Bagi Darurat Bencana Tahap 1, ia boleh diisytiharkan oleh Pegawai Daerah selaku Pengarah JPBP. Kuasa mengisytiharkan Darurat Bencana (Tahap 3) terletak di tangan Perdana Menteri atas nasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP).

“Pada jam 10 pagi, Ketua Polis Daerah selaku Pengarah Operasi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) akan memberikan taklimat awal operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Saya juga dimaklumkan pihak bomba turut menggunakan helikopter untuk meninjau keadaan dari udara bagi memberi gambaran lebih jelas kesan dan punca-punca bencana,”

 

Mengikut maklumat pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), hujan lebat yang turun di daerah Baling menyebabkan air sungai melimpah dan taburan hujan yang disukat di semua pusat cerapan sepanjang sungai menunjukkan kapasiti hujan yang banyak.

Terdapat dakwaan penduduk setempat yang mengesyaki beberapa tandak tadahan air masyarakat di Gunung Inas pecah juga akan disiasat oleh agensi terbabit dan Jabatan Perhutanan untuk menentukan kesahihannya.

“Buat masa ini, ia belum dapat disahkan. Saya doakan semua mangsa dapat bersabar dengan ujian ini dan semua agensi dan sahabat handai akan terus membantu kerana kita semua adalah bersaudara,” – Agensi

 

 

Baca: Warga Emas Hampir Dihayutkan Air Banjir, Sempat Berpaut Pada Pokok Untuk Selamatkan Diri

[Video] Projek ladang durian dikatakan jadi punca banjir terburuk berlaku di Kedah

[Terkini] Warga emas dan wanita hamil yang dihanyutkan banjir ditemui mati dalam keadaan berpelukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *