Banjir Kedah : Wanita strok dan hamil hilang dihanyut kepala air

Share Now

Banjir Kedah : Wanita strok dan hamil hilang dihanyut kepala air

BALING – Seorang wanita strok bersama menantu yang sedang hamil dan seorang lagi anak lelaki dikhuatiri hilang setelah rumah mereka dibawa arus dalam kejadian kepala air di Kampung Iboi, Kupang di sini, pada Isnin.

Kesemua mangsa, Salmah Mat Akib, 53, Nurul Anis Abu Hassan, 23, dan Khairul Ikwan Nor Azam, 14, pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai dipercayai berada di rumah ketika kejadian kira-kira jam 5 petang.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, kejadian disedari suami Salmah, Abdul Rahman Said, 71, yang terlebih dahulu menerima panggilan telefon daripada Nurul Anis mengatakan rumah jiran mereka dilanda banjir.

Bagaimanapun, ketika sampai ke simpang Lata Celak mendapati rumah mereka telah hilang dibawa arus manakala isteri, menantu dan anak gagal dihubungi.

Kejadian dipercayai bermula kira-kira jam 3.30 petang Isnin apabila hujan lebat melanda Kampung Iboi, sebelum banjir kilat melanda Lata Celak pada jam 4.50 petang.

Rumah mangsa yang berada berhampiran sungai turut mula dinaiki air.

Difahamkan, air telah melimpah melepasi titi yang menghubungkan jalan ke Kampung Iboi menyebabkan laluan terputus.

Menurut Shamsudin, operasi sedang digerakkan bagi mencari tiga mangsa tersebut.- Sinar Harian

 

Baca: Tragis ! Banjir Kedah – Keluarga hilang dihanyut air

Malang ! Lelaki ini mati apabila tersabit diri sendiri ketika cuba nak menyamun

“Saya lihat terdapat perempuan dari luar yang dibawa masuk oleh prebet…”, Prebet Didakwa Seludup Perempuan Seksi Di Pengkalan Chepa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *