Bella Astillah dan Aliff Aziz diuji, dua cahaya mata mereka dimasukkan ke hospital

Share Now

Bella Astillah dan Aliff Aziz diuji, dua cahaya mata mereka dimasukkan ke hospital

Bella Astillah dan Aliff Aziz diuji, dua cahaya mata mereka dimasukkan ke hospital ISTERI kepada Aliff Aziz iaitu Bella Astillah menjelaskan dia dan suami tidak mempunyai sebarang niat untuk melarikan diri daripada memberi kenyataan berhubung penularan video melibatkan penyanyi itu dengan pelakon Intan Najuwa yang tular di media sosial.

Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 28, sebaliknya berkata, ketika ini tumpuan adalah terhadap dua cahaya mata mereka, Muhammad Ayden Adrian, 5 dan Ara Adreanna, 2, yang sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital akibat demam panas.”Saya minta maaf sebab bukan tidak mahu bagi respon, tetapi sekarang anak-anak dimasukkan ke hospital. Jadi fokus saya kepada mereka.

Bella Astillah dan Aliff Aziz diuji, dua cahaya mata mereka dimasukkan ke hospital

“Anak-anak demam teruk. Jadi saya tidak boleh respon apa-apa, minta maaf ya,” katanya kepada mStar melalui pesanan WhatsApp pada Jumaat.

Pada Khamis lalu, tular video memperlihatkan Aliff berpelukan dengan Intan ketika sedang menjalani penggambaran drama berjudul Jodohku Babysitter dipercayai di Genting Highlands.

Video itu mengundang kecaman dalam kalangan netizen yang mempersoalkan tindakan kedua-dua pelakon itu berpelukan meskipun dalam sebuah drama.

Bagaimanapun, Intan dalam reaksinya memberitahu perkara itu tidak perlu diperbesarkan memandangkan ia dilakukan atas dasar kerja.

Sebelum ini, usaha mStar mendapatkan respon Aliff berhubung isu itu tidak berjaya apabila penyanyi berasal dari Singapura itu tidak menjawab panggilan telefon atau membalas mesej yang dihantar kepadanya.

-Sumber : mstar/ig@bellaastillah

Baca : Pelik! Ketam ada gigi seperti manusia, nelayan terkejut temui spesies ini

Fad bocey terseksa, slip dics ambil masa untuk sembuh.. Terpaksa susahkan isteri

Isu inai lofa tak habis lagi, ini penjelasan dari Ustazah Asma Harun

1 thought on “Bella Astillah dan Aliff Aziz diuji, dua cahaya mata mereka dimasukkan ke hospital

  1. I have read your article carefully and I agree with you very much. This has provided a great help for my thesis writing, and I will seriously improve it. However, I don’t know much about a certain place. Can you help me?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *