Bunuh ibu sendiri, penganggur bakal menerima hukuman mati jika sabit kesalahan. Penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini, atas tuduhan membunuh ibu kandungnya, awal bulan ini.
Tertuduh, Amirul Hakim Abu, 38, hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mazanah Sinin.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga anak sulung lima beradik didakwa bunuh Rozizah Md Dom, 64.
Kesalahan itu dilakukan tertuduh di rumah di Kampung Paya Luboh, di sini, antara 2.30 petang hingga 3 petang pada 5 Julai 2022.
Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman mati.
Sementara itu, tertuduh yang turut didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memberikan diri sendiri dadah berbahaya Methamphetamine, mengaku bersalah atas kesalahan itu.
Prosiding pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Yusof tidak mencadangkan sebarang jaminan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian menetapkan 30 Ogos depan sebagai tarikh serahan dokumen, laporan kimia dan sebutan semula kes bagi kedua-dua pertuduhan. – Harian Metro
Baca: 5 penyakit maut yang mengancam dunia sekarang, no.4 yang paling terbaharu !
Rider rempuh wanita sarat mengandung 7 bulan! Suami mangsa mahu ‘bincang tepi’
Menakutkan! Makhluk tak berkepala dan tiada kaki ditemui penduduk, bertenggek atas pokok