Cara Buat Duit Dengan Shopee Affiliate Malaysia

Share Now

APA ITU SHOPEE AFFILIATE PROGRAM

Shopee Affiliate Program adalah program dimana anda hanya perlu share atau kongsi link Shopee sahaja ke mana-mana platform yang anda biasa seperti di Facebook, Instagram, TikTok , Twitter dan lain-lain. Secara ringkasnya, apabila anda mendaftar sebagai Shopee Affiliate Program, anda akan login masuk ke Shopee Affiliate Program, selepas tu anda hanya perlu pilih link produk yang anda mahu sebarkan atau kongsi dan copy link yang disediakan oleh Shopee di dalam Login Affiliate tadi dan paste link tersebut ke mana sahaja yang anda mahukan dan untuk zaman sekarang semestinya di media sosial terutama Tiktok ataupun Instagram dan juga Facebook.

Sekiranya ada orang buka link yang anda paste di media sosial dan mereka membuat pembelian, pihak Shopee akan membayar komisyen hasil daripada pembelian tersebut. Menarik kan? Semestinya menarik kerana anda tidak perlu ada produk ataupun simpan produk. Apa yang anda perlu buat adalah copy link produk yang anda mahu sebarkan atau yang anda ingin share dan paste link tersebut di media sosial yang anda mahukan dan lihat pelanggan masuk melalui link yang anda paste tadi dan jika pembelian berlaku, anda akan dapat komisyen hasil dari copy dan paste link tadi.

Antara kelebihan Shopee Affiliate Program Malaysia adalah seperti di bawah ini:

Tidak perlu ada produk
Tidak perlu simpan stok
Tidak perlu beli
Pendaftaran PERCUMA
Pendaftaran secara online
Hanya Copy dan Paste Link sahaja
Komisyen UNLIMITED (jika anda rajin dan ramai yang buat pembelian menerusi link anda)

SYARAT SHOPEE AFFILIATE
Antara syarat yang paling penting adalah anda mesti mempunyai Facebook Page atau Facebook Group atau TikTok atau Youtube Channel atau Twitter atau Instagram atau Website. Anda mesti mempunyai salah 1 atau 2 daripada senarai yang kami kongsikan ini. Ini disebabkan semasa pendaftaran Shopee Affiliate anda dikehendaki memasukkan URL Media Sosial anda atau Website anda. Ini merupakan syarat paling penting.

Rujuk gambar di bawah ini.

Shopee Affiliate Program Malaysia

CARA DAFTAR SHOPEE AFFILIATE PROGRAM MALAYSIA [PANDUAN LENGKAP]
PANDUAN LENGKAP CARA DAFTAR SHOPEE AFFILIATE PROGRAM MALAYSIA.

Sila layari laman web rasmi SHOPEE AFFILIATE di pautan ini : https://affiliate.shopee.com.my/.

Tekan [ENTER NOW].

Sila “LOG MASUK” akaun Shopee anda.

Sila masukkan NOMBOR TELEFON/NAMA PENGGUNA/EMEL anda.

Masukkan Kata Laluan atau Password anda.

Tekan [LOG MASUK].

Anda akan dibawa masuk ke Welcome to Affiliate Program.

Step 1, sila isi maklumat di Account Information.

Sila pilih Account Type sama ada Enterprise atau Individual.

Jika anda pilih untuk Individual, sila masukkan Nama Penuh anda di ruangan First Name dan Last Name.

Sila pilih Salutation anda.

Pilih Negara “MALAYSIA”.

Masukkan Alamat anda.

Masukkan Nombor Telefon anda.

Masukkan Emel anda dan disarankan menggunakan Emel GMAIL.
Tekan [NEXT].

Step 2, sila isi Butiran di bahagian Media Information.
Sila masukkan URL Facebook Page dan Group, Instagram, TikTok, Youtube dan Website anda.
Sila pilih Facebook Page dan Group, Instagram, Tiktok, Youtube dan Website, itu dalam Kategori apa.
Sila pilih Partner Type biasanya kalau media sosial sila pilih Blogger/Social Media.

Tick dimana anda tahu berkaitan Shopee Affiliate Program ini jika daripada artikel ini sila tick Search Engines (Google,Yahoo,etc).

Sila masukkan nombor di bahagian Referred By.

Seterusnya, tick “I agree to Shopee Affiliate Program‘s Terms of Service & Privacy Policy.”.

Tekan “SUBMIT”.

Anda akan dapat mesej seperti ini “Thank you for your registration! Your registration has been received and will be reviewed by Shopee team. This process usually takes a few days, rest assured that we will get back to you within 5 business days and notification will be sent to your email.

Permohonan anda akan di review oleh pihak Shopee terlebih dahulu dan sila semak Emel anda dalam masa 5 hari sama ada anda berjaya atau pun tidak. Jika berjaya anda boleh mula kongsi dan share link affiliate Shopee anda.

Selesai. Semoga anda berjaya dan terus maju.

2 thoughts on “Cara Buat Duit Dengan Shopee Affiliate Malaysia

  1. what if we didn’t get any sales from affiliate? like a month we didn’t reach ppl to buy our affiliate products .. what happen afterward? shopee will remove us or we get Payback the lost.. let me know !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *