Dengki sebab perniagaan orang lain makin maju jiran berhati busuk ini buat khianat . Sudah menjadi lumrah dalam perniagaan terdapat turun dan naiknya. Walau bagaimanapun, sudah pastinya ramai peniaga yang mengharapkan perniagaan yang diusahakan terus berkembang dalam usaha mencari rezeki membantu diri sendiri serta keluarga.
Dalam pada itu, lain ceritanya dengan perniagaan yang diusahakan oleh sebuah keluarga di Kuala Lipis, Pahang ini apabila perniagaan sewaan kolam memancing yang diusahakan pada tanah pusaka ini musnah sekelip mata.
@kolampancingtokking Aku redho meskipun berputih mata sesungguhnya perancangan mu adalah yg terbaik buat ku dan keluarga #kolampancingtokking #ikanmati @Man87 ♬ Ya Allah – Wali
Berdasarkan perkongsian Facebook Kolam Pancing Tok King, situasi yang berlaku berpunca daripada terdapat manusia yang melihat perkembangaan perniagaan keluarga mereka sehingga sanggup melakukan khianat dengan memusnahkan ikan di kolam tersebut.
Lebih menyayat hati, perniagaan yang diusahakan baru sahaja bertapak 2 tahun sebelum dilanda musibah yang melihatkan bangkai-bangkai ikan tersadai sekaligus merugikan keluarga ini yang turut terdiri daripada ibunya sendiri.
Perkongsian sayu yang dimaklum di Facebook telah meraih perhatian netizen yang telah meluahkan rasa sedih atas musibah yang berlaku. Tidak kurang juga yang mendoakan agar keluarga ini dapat kembali mencari rezeki menerusi perniagaan yang diusahakan
Malah, terdapat netizen yang sudah memasang niat untuk ke kolam ikan ini pada hujung minggu ini sebelum terpaksa membatalkan perancangan.
Didoakan semoga keluarga ini dapat kembali bangkit dalam mengusahakan perniagaan sewaan kolam ikan sekaligus terus berkembang dengan jayanya.
@kolampancingtokking Semoga ada yg sudi membantu ummi #kolampancingtokking #fpy #fypシ #ummibangkit @Qu Putra @Man87 @johnn ♬ Penyejuk Hati – Instrumental – Asraf Studio
Baca: 3 minggu terperangkap, doktor terkejut benda ini tersumbat lama dalam b*ntot lelaki ini
Senarai polis paling korup di Asia Tenggara, rangking polis Malaysia ini pasti buat kita malu