Diliw4t selama 2 jam pelajar jadi mangsa senior di pusat pengajian. Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan polis kerana dipercayai meliwat seorang pelajar junior di sebuah pusat pengajian di sini, pada awal pagi Ahad lalu.
Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, mangsa yang berumur 16 tahun, berada di bilik asramanya sebelum dipanggil oleh suspek yang dikenali sebagai ‘gemuk’ untuk ke biliknya.
Mangsa juga mendakwa semasa kejadian yang berlaku pada pukul 1 pagi itu, tangannya dikilas oleh suspek apabila masuk ke bilik tersebut sebelum diliwat.
“Hasil siasatan awal, kita mendapati mangsa membuat laporan berhubung kejadian kerana mahu kejadian menimpa dirinya diambil tindakan oleh polis selain untuk pemeriksaan di hospital.
“Mangsa dalam laporannya juga turut mendakwa yang kejadian itu (liwat) berlarutan sehingga dua jam,” katanya di sini, hari ini.
Jelas beliau, susulan laporan tersebut pihak polis menahan suspek pada pukul 8.15 malam, Isnin lalu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. –UTUSAN
Baca: Memalukan ! Kaum Melayu paling ramai pengamal seks songsang
Kes gangguan seksual Ebit Liew : Saksi kedua tampil beri keterangan di Mahkamah hari ini
Lelaki pvkul bayi sampai m4ti bayi hanya dipenjara 18 tahun ?