‘Dirogol’ abang ipar sendiri, rahsia terbongkar hamil 3 bulan

Share Now

 

'Dirogol' abang ipar sendiri, rahsia terbongkar hamil 3 bulan

‘Dirogol’ abang ipar sendiri, rahsia terbongkar hamil 3 bulan MALANG nasib gadis ini apabila dia menjadi mangsa nafsu serakah abang iparnya.

Dalam kejadian yang berlaku di Khargone, India, gadis bawah umur itu diserang abang iparnya ketika dia keluar untuk memberi lembu peliharaan makan.

Dakwa mangsa, dia diseret sebelum dirogol dalam sebuah bilik.
Dia bagaimanapun bertindak mengunci mulut kerana risau imejnya tercalar gara-gara kejadian itu.

Baru-baru ini, gadis itu mengadu sakit pada bahagian perut sebelum dia dibawa berjumpa doktor.
Akhirnya, doktor mengesahkan gadis itu hamil tiga bulan.

Selepas disoal, dia akhirnya membuka mulut mengenai kejadian malang yang berlaku.
Kes tersebut kini berada dalam siasatan polis.

Suspek bagaimanapun melarikan diri dan kini sedang diburu pihak berkuasa. -Sumber :Indiatoday

Baca: ‘Casablanca’ cecah 3 juta tontonan, Nuha Bahrin bawa ‘style’ Waheeda

‘King road’ berani mati, seret penunggang motosikal di Johor

Merdekarya ‘kantoikan’ wanita hina islam dan pasangan dah lama buat hal, siap ugut bunuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *