Dua positif demam Babi di Perak. Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Pulau Pinang mempergiatkan pemantauan, pemeriksaan klinikal dan persampelan di ladang babi komersial dan rumah sembelih, susulan pengesahan kejadian penyakit demam babi Afrika (ASF) di dua ladang babi komersial di daerah Kerian, Perak.
Dalam satu kenyataan, DVS Pulau Pinang memaklumkan pihaknya turut mengenal pasti lori pengangkut babi dari negeri ini yang telah mengangkut babi di ladang yang disahkan positif penyakit ASF itu untuk disekat pergerakannya.
Seterusnya, jabatan itu mengarahkan lori berkenaan untuk menjalani proses disinfeksi serta menyekat pengeluaran babi dari kesemua ladang babi yang telah mengangkut babi menggunakan lori haiwan itu.
Selain itu, DVS Pulau Pinang juga mengeluarkan surat peringatan kedua kepada penternak untuk mengetatkan kawalan biosekuriti di ladang serta menjalankan disinfeksi ke atas semua kenderaan yang masuk dan keluar dari ladang.
“Pihak kami juga akan menjalankan pemeriksaan dari ladang ke ladang bagi memastikan penternak mematuhi arahan jabatan dan menjalankan kawalan biosekuriti di ladang,” katanya.
Pihak DVS Pulau Pinang turut menasihatkan para penternak babi, doktor veterinar swasta, penyembelih, operator rumah sembelih, penangkap babi dan orang ramai untuk segera melaporkan kepada Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah jika terdapat sebarang kematian luar biasa, tanda klinikal disyaki penyakit berjangkit di ladang babi dan rumah sembelih; dan sebarang kematian babi hutan di kawasan sekitar.- Bernama
Baca: Geli ! Ingatkan kotor biasa rupanya ada sisa Babi
Paksa jadi pelacur dan makan babi mangsa penipuan ini kongsi kisah hitam bekerja luar negara
Do you mind if I quote a couple of your articles as long asI provide credit and sources back to your website?My blog site is in the very same niche as yours and my users would certainly benefit from some of the information you present here.Please let me know if this okay with you. Thanks!