Fad bocey terseksa, slip dics ambil masa untuk sembuh.. Terpaksa susahkan isteri

Share Now

Fad bocey terseksa, slip dics ambil masa untuk sembuh.. Terpaksa susahkan isteri

Fad bocey terseksa, slip dics ambil masa untuk sembuh.. Terpaksa susahkan isteri PELAWAK Fad Bocey dimasukkan ke hospital kerana penyakit slip disc yang dialaminya secara tiba-tiba pada 7 Julai lalu.

Berkongsi perkembangan terkini kesihatannya, Fad atau nama sebenarnya Fadzlie Nizam, 31, memberitahu dia kini dalam proses pemulihan dan perlu mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti lasak.

Sepanjang tempoh rawatan itu, Fad mengakui berasa sedih apabila melihat isterinya iaitu Syaheera Rahman perlu membuat kerja rumah seorang diri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey)

“Saya sebenarnya kasihan dengan isteri saya, yelah dia terpaksa banyak buat benda lain anak-anak pun saya tak boleh nak angkat.

“Sedikit sebanyak memang menganggulah kehidupan seharian, kerja, saya pun tak boleh nak memandu lebih dari 20 minit

“Saya tak nak rasa down, saya tak nak rasa menyusahkan semua orang tapi isteri saya selalu pesan dia selalu ada dengan saya,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod Fad dan isteri mendirikan rumah tangga pada Mac 2015 dn mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Favian Adrazin Hayyan, Favian Adzrain Zayyan, Nur Aminah Mishall dan Ibrahim Jibriel.

-Sumber : mstar/ig@fadbocey

Baca : Harga minyak masak akan turun dalam masa terdekat

Van Ambulan terbalik dilanggar jururawat

Kim Kardashian ada perangai pelik, ‘fetish kaki’ mendapat komen dari kakaknya Kourtney Kardashian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *