Baru-baru ini tular satu tulisan Berbahasa Ingeris yang mengatakan filem Mat Kilau adalah filem Fasis. Untuk pengetahuan anda Fasis merupakan suatu ideologi politik yang meletakkan kepentingan negara lebih penting daripada kepentingan individu atau masyarakat.
Namun dalam tulisan Terence Aaron ini beliau menggambarkan filem arahan Syamsul Yusof itu tanpa sebarang justifikasi telah ‘melukis’ setiap watak bukan Melayu sebagai karikatur jahat.
“Seorang watak Cina telah ditetapkan sebagai stereotaip orang Cina yang licik tak mempunya tujuan dalam jalan cerita kecuali dibunuh secara ganas pada penghujung filem, seolah-olah ia adalah ungkapan kemarahan yang terpendam terhadap etnik Cina.
“Seorang watak dari Borneo dari Pulau Mata Satu (aku tak pasti fiksyen atau fakta) yang dikatakan direkomen oleh Charles Brooke kepada British, membayangkan seolah-olah sesiapa dari Sarawak tak susah menjadi pembunuh upahan untuk British,” katanya.
Kesemua watak Melayu-Islam katanya, telah dilayan sebagai mangsa penindasan.
“Aku faham dari segi sejarah orang Melayu adalah kumpulan orang yang dijajah dan aku faham bagaimana sejarah tersebut mempengaruhi psikologi mereka.
“Tetapi keganasan yang digambarkan dalam filem menunjukkan kita yang bukan Melayu Islam Malaysia sebagai orang suruhan penjajah dan seolah penjajah,” dakwanya.
Baca penuh tulisan beliau di sini
Tersentak dengan dakwaan tersebut, satu penulisan balas telah dibuat oleh facebook Srikandi yang menjawab segala tomahan tersebut.
Perjuangan Mat Kilau Adalah Fasis?
Filem Mat Kilau ini terang-terang menginspirasikan dari kisah benar perjuangan Mat Kilau. Nama pun sama dan di dalam ‘trailer’ filemnya juga ada grafik foto Mat Kilau lengkap dengan nama dan tarikh riwayatnya. Maka, memang filem ini diinspirasikan dari apa yang berlaku ketika itu secara amnya.
Perjuangan ketika lewat abad ke-19 seperti yang digambarkan dalam filem itu memang umumnya begitu. Pihak British memang sifatnya menjajah. Pribumi Melayu melawan penjajah. British juga bakar kampung dan bunuh penduduk – perkara yang jarang-jarang ditulis oleh para kerani dan pengarang zaman kolonial dulu. Selama ini kita dimomokkan bahawa British ‘penjajah yang baik’ manakala Siam atau Jepun adalah ‘penjajah yang kejam’. Padahal sama-sama kejam.
“All of these characters, who aren’t Malay-Muslim men, are brutally killed off, maimed, and not given any humanity. All Malay-Muslim characters are treated as victims of oppression”
Sebab yang menjajah itu memang bukan Melayu-Muslim. Pihak penjajah dan penindas sama ada British, Jepun, Siam atau Pengganas Komunis sekalipun dikuasai dan dimiliki oleh orang yang bukan Melayu beragama Islam. Manakala yang dijajah dan ditindas itu adalah orang Melayu yang beragama Islam. Memang ini realiti sejarah di zaman Mat Kilau berjuang itu sehingga zaman Komunis. Takkanlah nak buat yang menjajah Tanah Melayu ketika itu kerajaan Khalifah Islam pulak.
Ketika berperang, memang akan ada di kalangan penjajah ini boleh terbunuh atau dicederakan. Nama pun berperang, takkan nak berjoget pulak. Takkanlah orang Melayu yang ditindas itu pergi berperang tapi bila jumpa penjajah mereka ajak minum kopi pulak. Hai, penjajah bila berperang dengan orang Melayu, orang Melayu rilek kena bunuh, kena cincang, kena tetak, kena tembak. Kenapa orang Melayu dilarang berbuat perkara yang sama ketika berperang kepada penjajah dan penzalim mereka pula? Peraturan siapa pulak ni?
Kenapa bila bangsa lain berperang melawan penjajah, mereka berperang dengan bebas dan berbuat sebagaimana biasa ketika dalam peperangan, boleh menghapuskan orang yang menzalimi mereka tetapi orang Melayu tidak boleh pula? Orang Melayu mesti melayan baik-baik siapa yang menindas dan menjajah mereka pulak.
“Now I know historically the Malay were a colonised people group and I empathise with how it affects their insecurity, and psychology. But the violence portrayed on film showed the rest of us, non Malay Muslims of Malaysia as extensions of their oppressors.”
Siapa ‘us’? Masalah orang ini ialah dia kiasu sangat. Dia tiba-tiba menggelabah dan berimaginasi bahawa segerombolan orang Melayu mahu menamatkan riwayatnya. Ayat-ayat: “But the violence portrayed on film showed the rest of us, non Malay Muslims of Malaysia as extensions of their oppressors” hanyalah imaginasi liarnya saja. Mat Kilau dalam filem ini melawan penjajah British berserta para talibarutnya dan para talibarutnya datang dari pelbagai latarbelakang dan bangsa malah ada di kalangan orang Melayu sendiri menjadi talibarut dan pengkhianat, dan benda ini dia tak sebut pun. Motifnya hanya mahu menghasut benda-benda dalam imaginasi liarnya sahaja.
“This film in all honesty is no different thematically from the 1915 film, Birth of a Nation that portrayed the then dying KKK as heroes for the white race against African Americans. The film injected the Lost Cause into American mainstream thought where the South was right to protect the institution of slavery, and boosted KKK numbers that what was on it’s way out got a second life. Parallels can also be drawn to the Nazis blaming the Jews for everything wrong in their society”
Orang macam dia ni akan selalu menyamakan perjuangan pribumi Melayu melawan penjajah dengan KKK dan Nazi. Pembodohan ini sentiasa dipaksa oleh mereka kepada kita. Padahal KKK dan Nazi itulah penjajah dan penindas, dan mereka berjuang sebagai penjajah untuk mengekalkan status penjajah dan aksi keganasan mereka. Yang boleh disamakan dengan KKK dan Nazi adalah British, Siam, Jepun dan Pengganas Komunis yang diketuai oleh Chin Peng sebagai de facto.
Orang Melayu berjuang melawan penjajah kerana penjajah menindas mereka. Mengenakan segala bagai cukai dan merampas tanah-tanah mereka. British juga menyingkirkan para pemimpin orang Melayu yang disokong oleh orang Melayu sendiri, sebaliknya British mahu memerintah sendiri tanahair orang Melayu tanpa persetujuan dari orang Melayu sendiri. British juga melakukan keganasan dengan menangkap orang Melayu, membunuh orang Melayu, mendera, memenjarakan dan pelbagai lagi kezaliman mereka kepada pribumi Melayu.
Malah filem ini boleh dikatakan sederhanalah dalam menggambarkan apa yang dibuat oleh para talibarut penjajah ketika itu. Jujur kata, kalau nak korek lagi fakta sejarah apa peranan para tauke dalam melicinkan penjajahan British di Tanah Melayu, Srikandi rasa dia ni akan melompat marah dan mengamuk satu pawagam menuduh pengarah filem buat cerita rasis. Hakikatnya setiap orang yang datang ke Tanah Melayu pada zaman kolonial dulu bukannya nak tolong orang Melayu melawan British sangat, mereka masing-masing lebih memikirkan kepentingan diri sendiri. Malah apabila mereka dapat bantuan senjata dari British untuk melawan Jepun, senjata itu juga digunakan balik untuk cuba menjajah tanahair orang Melayu, sempat juga dipakai untuk membunuh orang-orang Melayu.
Kita, orang-orang Melayu masa kini tidak ada masa untuk melayan perangai kiasu dan imaginasi liar puak-puak ini. Hakikatnya, tidak ada pentadbiran orang Melayu yang menindas mereka ini, membunuh mereka beramai-ramai dari zaman Kesultanan Melaka, zaman negeri-negeri Melayu sampailah ke zaman kolonial di mana mereka ini dilayan baik dan dibenarkan berdagang di dalam negeri-negeri Melayu malah mereka ini sampai sekarang umumnya adalah golongan paling kaya-raya sehingga ada di kalangan mereka mampu menindas pulak orang Melayu dengan cara halus dan licik menggunakan kuasa wang yang mereka ada. Media-media yang dikuasai mereka selalu menggambarkan orang Melayu ini jahat, malas, pencuri, low class dan sebagainya.
Teruskan mengeluarkan filem-filem begini, jangan takut dengan rungutan-rungutan mereka ini, banyakkan lagi dan semarakkan lagi minat anak-anak Melayu kepada budaya bangsa serta bakar lagi semangat anak-anak Melayu untuk bangkit mempersiapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan, teknologi, pertahanan dan ilmu-ilmu agama bagi menghadapi cabaran neokolonialisme yang mendatang.
~Srikandi
For Justice in History
Apa pula pandangan anda?
Baca: [Video] “Nasib Sempat Kunci Pintu…”, Penghuni Rumah Bujang Diganggu Lelaki Gatal
Negara Sri Langka kini muflis !
[Terkini] Warga emas dan wanita hamil yang dihanyutkan banjir ditemui mati dalam keadaan berpelukan
I have read your article carefully and I agree with you very much. This has provided a great help for my thesis writing, and I will seriously improve it. However, I don’t know much about a certain place. Can you help me?