Gadis selamba makan Meggi Panas dalam tren dan tak pakai mask terima kecaman netizen

Share Now

Gadis selamba makan Meggi Panas dalam tren dan tak pakai mask cetus pelbagai komen netizen

“Rule Of Thumb” paling basic pada ketika ini adalah makan dan minum dalam tren adalah TIDAK DIBENARKAN. Dan satu lagi adalah pemakaian pelitup muka (facemask) ketika berada di kawasan tertutup, adalah perlu.

Walau bagaimanapun, masih ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab enggan mengikut peraturan simple ini. Tak susah pun, nak makan tunggulah sehingga sampai ke destinasi. Nak buka pelitup muka pun tunggulah sehingga berada di kawasan terbuka.

Pihak RapidKL hari ini (19 Julai) telah memuat naik satu hantaran menerusi Facebook bertujuan untuk ‘menegur’ dua gadis yang dilihat sedang menikmati maggi hot cup.

Ya, makan maggi panas-panas dalam tren.

Menurut gambar yang dimuat naik, mereka berdua telah melakukan dua kesalahan iaitu makan dalam tren dan juga membuka pelitup muka di kawasan tertutup.

Aduhai adik-adik!

Perkara ini juga membuatkan segelintir pengguna di media sosial berasa kurang selesa dan marah terhadap tindakan kedua-dua individu berkenaan. Mereka juga turut meninggalkan komen dan ada juga yang menggesa supaya pihak RapidKL menegur dan mengambil tindakan sewajarnya.

Bak kata pihak RapidKL, tegur sebab sayang.

Sebelum ini, pada 9 Oktober 2021, RapidKL menerusi satu ciapan di Twitter pernah memuat naik tentang isu yang sama iaitu makan di dalam tren dan tidak memakai pelitup muka.

Baca: Bayi 4 bulan maut dilempar monyet liar

Denda 10 ribu dan penjara jika suami gagal buat caruman Perkeso untuk isteri

Bimbang dikecam orang, golongan ‘Gay’ sanggup beratur panjang untuk dapatkan vaksin cacar monyet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *