Gila ! Ibu angkat kerat zakar anak dengan gunting, wanita ini pernah berkali-kali mahu kerat zakar anak angkat

Share Now

Gila ! Ibu angkat kerat zakar anak dengan gunting, wanita ini pernah berkali-kali mahu kerat zakar anak angkat

Gila ! Ibu angkat kerat zakar anak dengan gunting, wanita ini pernah berkali-kali mahu kerat zakar anak angkat. Polis Brazil berjaya memberkas seorang wanita yang telah  mengerat zakar anak ang­katnya  selepas dia  melarikan diri selama tujuh tahun, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Deusiane dos Reis Santos, 46, melarikan diri selepas disyaki mengerat kemaluan anak angkatnya menggunakan sebilah  gunting di rumah mereka di Belford Roxo pada 2015.

Perbuatannya hanya diketahui selepas kanak-kanak lelaki berkenaan kembali ke rumah perlindungan tiga bulan kemudian apabila kakitangan pusat kebajikan itu melihat kece­deraan pada bahagian alat sulitnya.

Santos mendakwa bahawa kecederaan itu berpunca daripada zakar mangsa tersangkut pada zip seluarnya sebelum dia melarikan diri.

Polis berkata, serangan tersebut telah menyebabkan  kesan kecederaan serius pada zakar mangsa. Dia memberitahu polis bahawa kecederaan itu dilakukan oleh ibu angkatnya sebagai hukuman kerana berkelakuan buruk.

Mangsa turut mendakwa pernah beberapa kali diugut untuk dikerat kemaluannya dalam beberapa kejadian sebelum ini.

Detektif -detektif  Polis Sivil Rio de Janeiro berkata, mangsa dituduh berkelakuan agresif dan tidak mematuhi arahan suspek. Dia juga terpaksa menanggung penderitaan fizikal yang teruk sebagai bentuk hukuman.

Santos yang diisytiharkan sebagai orang buruan  tiga tahun lalu,  akhirnya ditemui bersembunyi di sebuah lokasi yang terletak beratus-ratus kilometer dari Belford Roxo pada 6 Julai lalu.

Pendakwa raya,  Maria Cristina Faria Magalhaes berkata, Santos melakukan perbuatan itu secara sedar dan tanpa paksaan. – Agensi

 

Baca: Berbikini di ‘haramkan’. Bandar di Eropah ini ada sebab kenapa undang-undang ini dibuat

Melampau! Wanita ini menghina islam. Bertudung kemudian membuka tudung dan berpakaian seksi di hadapan orang ramai

Melampau! Wanita ini menghina islam. Bertudung kemudian membuka tudung dan berpakaian seksi di hadapan orang ramai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *