Bimbang dikecam orang, golongan ‘Gay’ sanggup beratur panjang untuk dapatkan vaksin cacar monyet

Share Now

Golongan 'Gay' sanggup beratur panjang untuk dapatkan vaksin cacar monyet

Bimbang dikecam orang, golongan ‘Gay’ sanggup beratur panjang untuk dapatkan vaksin cacar monyet. Golongan ‘Gay’ sanggup beratur panjang untuk dapatkan vaksin cacar monyet Lelaki berumur 20 hingga 40 tahun berbaris panjang kelmarin untuk mendapatkan vaksin cacar monyet di New York yang menjadi lubuk wabak berkenaan di Amerika Syarikat (AS).

Situasi sebuah sekolah tinggi di Bushwick, Brooklyn yang diserbu orang ramai tidak ubah seperti pusat vaksinasi Covid-19.

Rata-rata penduduk yang hadir memberitahu agensi berita AFP bahawa mereka bernasib baik kerana berjaya mendapatkan temu janji berikutan kekurangan bekalan vaksin cacar monyet di New York.

Sebanyak 9,200 temu janji boleh ditempah oleh orang ramai menerusi laman web pentadbiran New York setakat pukul 6 petang Jumaat lalu.

Semua slot tersebut habis ditempah dalam masa tujuh minit sahaja.

“Ia sungguh mengecewakan terutamanya semasa Covid begitu banyak vaksin disediakan dan proses pelalian juga teratur,” kata penduduk tempatan, Aidan Baglivo, 23, kepada agensi berita AFP

Bandar raya yang didiami lebih 8 juta penduduk itu menyaksikan jangkitan cacar monyet melonjak minggu lalu dengan 461 kes direkodkan sejak wabak di AS bermula Mei lepas.

Angka itu meningkat daripada 223 kes pada Isnin lalu.

Sesiapa sahaja boleh dijangkiti cacar monyet yang berjangkit menerusi sentuhan fizikal. Bagaimanapun, vaksin Jynneos yang diberikan kepada penduduk New York itu terhad kepada lelaki homoseks. Ia berikutan golongan itu merangkumi kebanyakan pesakit cacar monyet ketika ini.

Ramai individu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bimbang bahawa komuniti mereka akan terus dikecam disebabkan virus cacar monyet.

Bandar raya New York telah memberikan atau menjadualkan sejumlah 21,500 dos vaksin cacar monyet setakat ini dan berharap proses vaksinasi dapat disegerakan dengan lebih 30,000 dos dijanjikan untuk seluruh negeri New York.

-Sumber : Kosmo

Baca : 5 penyakit maut yang mengancam dunia sekarang, no.4 yang paling terbaharu !

Duda hina islam, direman selama 4 hari

Pemberian BKM fasa 3 dan 4 akan dinaikkan jika harga barang masih belum stabil

2 thoughts on “Bimbang dikecam orang, golongan ‘Gay’ sanggup beratur panjang untuk dapatkan vaksin cacar monyet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *