Gunung berapi Sakurajima meletus, penduduk diarah meninggalkan kediaman

Share Now

Gunung berapi Sakurajima meletus, penduduk diarah meninggalkan kediaman

Gunung berapi Sakurajima meletus, penduduk diarah meninggalkan kediaman Gunung berapi di pulau selatan utama Jepun, Kyushu meletus pada malam Ahad.

Letusan itu memuntahkan abu dan wap yang tinggi ke udara mencetus kebimbangan penduduk setempat.

Tiada laporan mengenai kerosakan atau kecederaan akibat letusan tersebut namun penduduk berhampiran dinasihatkan untuk berpindah.

Agensi Meteorologi Jepun berkata, Gunung Berapi Sakurajima meletus sekitar 8.05 malam waktu tempatan.

Rakaman di televisyen awam NHK Jepun menunjukkan api berhampiran kawah dan asap gelap abu berkepul dari puncak gunung tinggi ke langit.

Agensi itu berkata ia telah meningkatkan amaran letusan kepada paras tertinggi dan kira-kira 120 penduduk di dua bandar dinasihatkan meninggalkan rumah mereka.

Agensi itu memberi amaran tentang jatuhnya batu gunung berapi di kawasan dalam lingkungan tiga kilometer dari kawah dan kemungkinan aliran lahar, abu dan gas membakar dalam jarak dua kilometer.

Sakurajima, kira-kira 1,000 kilometer barat daya Tokyo, adalah salah satu gunung berapi paling aktif di Jepun dan telah berulang kali meletus.

Ia pernah menjadi sebuah pulau tetapi menjadi semenanjung selepas letusan pada tahun 1914.

-sumber : Awani

Baca : Ayie Floor 88 selamat menimang cahaya mata

Lelaki OKU dipukul, ‘terketar-ketar’ ketakutan tak mengaku curi kereta

Remaja 15 tahun dibakar, melecur teruk akibat dituduh curi RM100

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *