Ibu mengaku bunuh anak sendiri berdepan hukuman gantung sampai mati. Seorang ibu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian anak kandungnya yang berusia 11 tahun pada 14 Julai lalu.
Tertuduh, Sembakavali, 34, hanya tunduk lesu dan mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurasidah A Rahman.
Tiada pengakuan direkod daripada
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan bunuh menyebabkan kematian terhadap anaknya, N. Maha Lechumi, 11, pada pukul 4.55 petang, 14 Julai lalu.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah kediaman bernombor 21, Jalan Tropika 14, Taman Bukit Tropika, Yong Peng di sini.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika sakit kesalahan, boleh dihukum gantung sampai mati. – Kosmo
Baca: Bunuh ibu sendiri, penganggur bakal menerima hukuman mati jika sabit kesalahan
Lelaki bunuh pasangan suami isteri, melarikan diri ke Genting Highlands