Ini ‘Serangan’ pertama Rafizi selepas menang jawatan Timbalan Presiden PKR
Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mengerahkan kempen laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai dakwaan kecuaian berkaitan tuntutan waris kesultanan Sulu.
Beliau dijangka memulakan kempen tersebut bersama Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang akan memfailkan laporan polis masing-masing pada jam 11 pagi ini di Balai Polis Setiawangsa.
Rafizi turut meminta cabang-cabang dan pimpinan PKR seluruh negara untuk membuat laporan polis terhadap kecuaian Najib semasa menjadi Perdana Menteri sehingga membawa kepada tuntutan waris Sulu.
Beliau turut memanjangkan jemputan kepada aktivis akar umbi dari parti Amanah dan DAP untuk membuat perkara sama.
“Hari Selasa dipilih untuk mengingatkan Najib janjinya untuk menyaman Wall Street Journal mengenai skandal 1MDB, tetapi tidak pernah berlaku,” katanya dengan menyertakan draf laporan polis berkenaan di Twitter beliau.
Saya sertakan draf laporan polis terhadap @NajibRazak supaya disiasat di bawah Kanun Keseksaan, Perkara 132 & Peraturan PUA 395 Perlembagaan Persekutuan.
Kecuaian menjalankan tugas penjawat awam:
(1) keputusannya yg mengundang saman
(2) notis saman diterima 2017Lapor esok. pic.twitter.com/60YwL67w87
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) July 18, 2022
Rafizi ketika berucap dalam perhimpunan agung PKR menggesa laporan polis dibuat terhadap Najib berkaitan dakwaan waris kesultanan Sulu untuk pampasan berjumlah berbilion ringgit kerana menyerahkan kedaulatan ke atas Sabah
Susulan itu, Najib mencabar ahli PKR membuat laporan polis terhadapnya setiap kali beliau didakwa berbohong di media sosial dan berkata beliau tidak sesekali takut.
Media melaporkan Waris kesultanan Sulu melalui merampas dua anak syarikat Petronas yang didaftarkan di Luxembourg, minggu lalu.
Bagaimanapun, kerajaan persekutuan berkata, perintah itu tidak sah manakala Petronas menyifatkan tindakan itu sebagai tidak berasas. – Astro Awani
Baca: [Video] Gara-gara mahu buang gambar Perdana Menteri ke tong sampah, lelaki ini dipecat oleh majikan
Rider rempuh wanita sarat mengandung 7 bulan! Suami mangsa mahu ‘bincang tepi’
Maut tercekik daging, pertama kali makan seumur hidup ketika nikmati makan petang