Isteri ajar suami mualaf ‘aliff ba ta’, guna hanger buat netizen cuak TAK apa sayang, belajar perlahan-lahan.
Begitulah caption yang ditulis oleh wanita dikenali sebagai Wawa Kamarudin pada video menunjukkan dia senang mengajar suaminya mengaji menggunakan penyangkut baju yang dijadikan penunjuk bacaan.
Gelagat Wawa, 24, bersama suaminya yang merupakan seorang mualaf itu mengundang rasa lucu dalam kalangan netizen sehingga meraih lebih 100,000 tontonan di TikTok.
Ketika dihubungi mStar, Wawa memperincikan kisah disebalik video ketika dia mengajar suaminya, Uwais Jamli Abdullah, 25, mengenal huruf jawi.
@wawadeens_ #CapCut Slow slow belajar suamiku hahaha maaf gelak tau 😠#dusunmelayu #fyp #TakeBestShot ♬ original sound – wawadeens_
“Saya kenal suami masa pertengahan tahun 2020. Masa tu suami dapat posting dekat Kelantan. Pertama kali kami jumpa masa tu dekat kedai makan mak (ibu Wawa) yang jual roti canai terletak di Kampung Landak.
“Suami nak beli sebiji kelapa muda yang masih belum dibelah untuk dia makan dekat rumah. Saya pun ambil peluang ni minta nombor telefon dia atas niat nak berkawan je tapi tak sangka dia boleh jadi suami pula sekarang,” ujarnya kepada mStar.
Kata Wawa yang menetap di Pengkalan Chepa, Kelantan, suaminya memeluk Islam pada 2018 setelah mendapat hidayah Allah sebelum mereka mengenali antara satu sama lain lagi.
Bercerita lanjut mengenai perkenalan pasangan ini, Wawa yang berniaga sendiri menjelaskan bahawa suaminya yang berkhidmat sebagai anggota sebuah badan beruniform ini mula rapat dengan ibunya terlebih dahulu.
Namun setelah tempoh perkenalan lebih dua tahun, hubungan mereka semakin rapat sehingga lelaki berkenaan menyatakan hasrat memperisterikan Wawa dan mereka berkahwin pada 5 Mei lalu.
“Kata suami saya, dia tergerak hati nak masuk Islam lepas dapat hidayah dalam mimpi. Dia selalu bermimpi pergi masjid dengan berjubah putih.
“Lepas dia tanya pendapat rakan-rakan muslimnya, dia terus membuat keputusan untuk memeluk Islam pada 2018.
“Waktu tu dia tengah study dalam Diploma Penguatkuasaan dan Pentadbiran Undang-Undang dekat Saito University College di Petaling Jaya,” ujarnya lagi.
Menurut Wawa, suaminya menukarkan nama asalnya Jamli Saliwang kepada Uwais Jamli Abdullah yang diberikan oleh seorang ustaz.
Ujarnya lagi, suami yang berbangsa Dusun berasal dari Kota Marudu, Sabah ini banyak mendapat bimbingan dan dorongan olehnya setelah mereka berumah tangga supaya lebih mendalami Islam.
Selain mengajar mengenali huruf jawi dan betulkan cara solat, Wawa juga mengajar suaminya itu untuk berpuasa.
“Saya selalu ajar dia cara solat dan betulkan kedudukan dalam solat lepas kami dah kahwin ni. Selain itu saya juga ajar dia mengaji supaya kenal huruf sebab dia boleh hafal ayat-ayat dalam al-Quran tapi tak kenal huruf.
“Cara sebutan bacaan pun kena ajar sebab dia pelat sikit nak membaca tulisan jawi, jadi sebutan tu bunyi lain. Kalau bab berpuasa Alhamdullilah dia boleh puasa dengan baik.
“Sebenarnya tak susah nak ajar tapi saya kena ulang dua hingga tiga kali bagi satu-satu perkara bab agama tu untuk dia faham,” ujar Wawa.
Jelas Wawa, keluarga Uwais dapat menerimanya dengan baik walaupun kini anak mereka sudah berbeza agama.
Namun ujar Wawa, dia sedar mempunyai tanggungjawab yang besar apabila memilih lelaki yang baru memeluk Islam sebagai suami.
“Famili ada pesan awal-awal dulu, tugas saya lepas kahwin dengan suami mualaf ni agak besar untuk dipikul walaupun dia sudah convert sebelum kenal saya.
“Tapi apa-apa pun saya anggap ni sebagai ujian dalam berumah tangga. Lagipun suami saya orang yang baik.
“Lepas kami berkahwin saya boleh nampak dia berubah menjadi seorang lelaki yang lebih bertanggung jawab dan berhati-hati dalam nak buat apa-apa keputusan,” katanya.
-Sumber : mstar/tiktok
Baca :Bayi ‘4 bulan’ tercampak luar kereta, suspek langgar lari dikesan beri keterangan
Presiden Sri Lanka dan keluarga melarikan diri dan bersembunyi di lokasi rahsia
‘Dirogol’ abang ipar sendiri, rahsia terbongkar hamil 3 bulan
422
share free ebooks https://www.docrar.com