Jangan melancong ke Thailand ! – mantan Ketua Polis Malaysia

Share Now

Jangan melancong ke Thailand ! - mantan Ketua Polis Malaysia

Jangan melancong ke Thailand ! – mantan Ketua Polis Malaysia. Mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menggesa kesemua pihak khususnya mereka yang berumur bawah 40 tahun tidak ke negara Thailand kerana beliau mendakwa mereka akan diculik, dijadikan buruh paksa bahkan organ mangsa juga dijual.

Gesaan itu disiarkan menerusi satu akaun Tiktok @malakattribune pada Selasa.

Katanya, “Rakyat Malaysia jangan tertipu dengan perkara ini, especially mereka yang berumur 40 tahun ke bawah.

Saya ingin menguar-uarkan perkara ini benar. Jangan kita sendiri-sendiri suka-suka hendak pergi ke negara ini,” tegas beliau dalam video berdurasi satu minit 46 saat itu.

Katanya, pihak perdana menteri juga telah beliau pohon untuk membuat langkah pencegahan dengan menghalang mereka yang berumur 40 tahun ke bawah pergi ke negara tersebut.

“Kita menguar-uarkan supaya mereka lebih berhati-hati. Jangan suka sangat pergi ke Thailand kerana mereka boleh diculik kerana bukan sahaja akan dijadikan buruh paksa. Mereka juga akan dipaksa untuk menjual organ-organ mereka, dan menjadi pelacur kalau wanita.”

Justeru beliau berkata, kita sewajarnya perlu memastikan perkara tersebut tidak berlaku kepada rakyat Malaysia.

Berikutan itu beliau memohon pihak kerajaan dan pihak polis untuk mengambil tindakan yang tegas membanteras perkara tersebut.

Dalam pada itu, katanya “Saya telah menghubungi pihak polis bahawa kita ada ASEAN desk. Di mana dahulu saya ada letak setiap wakil ASEAN di Bukit Aman. Saya dapatkan maklumat-maklumat daripada mereka.

Saya nak tahu siapakah sindiket yang ada di negara kita sendiri, yang mengatur perkara ini supaya mereka dapat ditangkap. Semua mengambil tindakan,” katanya yang juga merupakan penasihat Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO)

Susulan itu, beliau juga akan mengumpul kesemua maklumat yang diterima dan menyerahkannya kepada pihak polis agar tindakan tegas dapat dikenakan ke atas sindiket-sindiket tersebut.

Difahamkan, beliau bersama beberapa wakil NGO lain telah menyerahkan satu memorandum berkenaan sindiket penipuan kerja di luar negara kepada Setiausaha Politik Tiga kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.- The Merdeka Times

@malakattribune Seram pula dengar #malakattribune #TrendingNewsMalaysia #buruhpaksa ♬ For movie / picture / action / suspense – G-axis sound music

Baca: 59 kakitangan Universiti terlibat dengan rasuah

Kes Gangguan seksual Ebit Liew kena saman

Kecoh beberapa lelaki ceroboh asrama perempuan, buat perkara tak senonoh di Kedah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *