‘Jijik’ ulat dalam kuah laksa, pelanggan beli di kedai terkenal..-“Geli nak makan”

Share Now

'Jijik' ulat dalam kuah laksa, pelanggan beli di kedai terkenal..-"Geli nak makan"

‘Jijik’ ulat dalam kuah laksa, pelanggan beli di kedai terkenal..-“Geli nak makan” Terbaharu, seorang pengguna TikTok @lyadhanea telah berkongsi sebuah video yang menunjukkan kekecewaannya apabila menjumpai ulat hidup dalam kuah laksa yang dibelinya dari sebuah cawangan kedai laksa terkenal terletak di Kajang, Selangor.

Keterujaan mahu nikmati hidangan kegemaran bertukar menjadi kecewa dan kembang tekak apabila melihat ulat bergerak dalam kuah laksa tersebut. Menurut laporan, Dhanea mengatakan kejadian tersebut berlaku pada minggu lalu dan makanan tersebut telah dipesan melalui salah sebuah aplikasi sekitar jam 5 petang.

@lyadhaneaDulu D’laksa ni quality tiptop, now hancurrr ❎ used to be my fav but no more..tu taugeh ke apoo?♬ Kecewa Dalam Setia – Vita Alvia

Dhanea yang mahu menikmati makanan tersebut selepas Maghrib mendapati ulat ada dalam kuah laksa dan mengambil keputusan untuk membuang makanan terbabit kerana sudah berasa kembang tekak. Tambahnya, ulat tersebut berkemungkinan datang dari sayuran yang digunakan kerana ia masih hidup dan bergerak.

Oleh itu, dia telah membuat aduan kepada pihak berkenaan mengenai kejadian tersebut namun tidak menerima sebarang respon daripada kedai tersebut. Dhanea juga mengatakan tujuan beliau membuat aduan adalah bagi mendapatkan penjelasan lanjut selain meminta pihak pengurusan melakukan siasatan terhadap cawangan kedai terbabit.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen turut berasa kembang tekak melihat ulat ‘berenang’ dalam kuah laksa. Malah, ada juga netizen berasa pelik bagaimana ulat boleh ada dalam kuah laksa tersebut.

'Jijik' ulat dalam kuah laksa, pelanggan beli di kedai terkenal..-"Geli nak makan"

'Jijik' ulat dalam kuah laksa, pelanggan beli di kedai terkenal..-"Geli nak makan"

'Jijik' ulat dalam kuah laksa, pelanggan beli di kedai terkenal..-"Geli nak makan"

'Jijik' ulat dalam kuah laksa, pelanggan beli di kedai terkenal..-"Geli nak makan"

Bukan itu sahaja, para netizen juga bersependapat bahawa seharusnya setiap kedai makanan untuk menjaga kebersihan dan penyediaan makanan dilakukan dengan rapi agar tidak berlaku hal-hal seperti ini.
-Sumber: vocket/tiktok@lyadhanea

Baca :Ivana trump, bekas isteri Donald trump meninggal dunia

Kes Covid kembali mengganas, WHO gesa pakai pelitup muka dan penjarakan fizikal semula

Virus cacar monyet mula merebak di Singapura

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *