Kejam! Makcik jual anak saudara sendiri, dengan harga lebih Rm8,000

Share Now

Kejam! Makcik jual anak saudara sendiri, dengan harga lebih Rm8,000 SEORANG wanita tergamak menjual anak saudaranya yang berusia 8 bulan menerusi aplikasi WhatsApp.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Pelabuhan Tanjung Priok, Penolong Pesuruhjaya Polis Sang Ngurah Wiratama berkata, suspek dikenali dengan pangkal nama A, 51, menjual bayi tersebut kepada beberapa rakan kenalannya.

“Berdasarkan pengakuan A, sudah ada tawaran untuk membeli bayi itu.

“Suspek disyaki cuba menjual anak saudaranya itu kepada pembeli melalui WhatsApp dan jumlah pembeli yang menawarkan membeli bayi tersebut masih dalam siasatan,”katanya.

Menurut Wiratama, suspek turut cuba menjual mangsa melalui halaman sosial media Facebook tetapi status itu telah dipadamkan sendiri oleh suspek.

Niat A untuk menjual anak buahnya terbongkar selepas Polis Pelabuhan Tanjung Priok menerima laporan penduduk yang melihat status Facebook yang dimuat naik oleh suspek sendiri.

Suspek ditahan Unit Siasatan Jenayah Polis Pelabuhan Tanjung Priok yang menyamar sebagai pembeli.

Sementara itu, menurut Ketua Polis Pelabuhan Tanjung Priok, Pesuruhjaya Kanan Polis, Putu Kholis Aryana berkata, suspek cuba menjual bayi tersebut dengan harga Rp30 juta (RM8,912).

“Suspek ditahan di salah sebuah hotel di Pademangan, Jakarta Utara,” katanya.

Tambah Putu lagi, suspek juga pernah mengugut ibu mangsa yang berhutang suspek.

“Suspek turut mengancam ibu mangsa yang berhutang RP 11 juta (RM3,271) darinya sekali gus menyebabkan ibu bayi tersebut akur dengan tindakan suspek,” katanya. — Agensi

Baca : Pasangan kaki pancing terkejut Ikan Pari gergasi tiba-tiba melompat ke dalam bot

‘Lelaki itu bukan bapa kandung saya’ Rupanya ada cerita sedih Anggota Penguatkuasa yang tular rebah ketika perbarisan

Menakjubkan ! Teleskop paling besar dan mahal berjaya mengesan galaksi tertua di alam semesta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *