Kesian ! Kanak-kanak miskin ini terpaksa guna selipar untuk memadam namun tetap cekal untuk belajar

Share Now

Kesian ! Kanak-kanak miskin ini terpaksa guna selipar untuk memadam namun tetap cekal untuk belajar

Kesian ! Kanak-kanak miskin ini terpaksa guna selipar untuk memadam namun tetap cekal untuk belajar Disebabkan kemelaratan terlampau, ramai kanak-kanak yang terpaksa mengorbankan pelajaran mereka. Tetapi ada juga segelintir yang cekal meneruskan perjuangan dengan cekal.

Keluarganya yang daif tidak mampu untuk membeli sebuah pemadam. Harold tekad memakai segala apa yang ada padanya untuk mengatasi masalah kekurangan yang dihadapinya ini.

Kanak-kanak berasal dari Filipina bernama Harold Labutong ini merupakan salah seorang daripada mereka yang menunjukkan semangat yang tinggi untuk belajar.

Kesian ! Kanak-kanak miskin ini terpaksa guna selipar untuk memadam namun tetap cekal untuk belajar

Harold berteka teki sendiri sekiranya seliparnya boleh dijadikan pemadam, lalu dia sendiri mencubanya dan ianya menjadi.Semenjak itu, dia sentiasa membawa sebelah selipar dan meletakkannya di atas mejanya.

Pernah pada satu hari, Harold telah melakukan kesalahan di dalam penulisannya dan meminjam sebuah pemadam daripada rakannya. Rakannya memberitahu pemadam itu tadi sebenarnya diperbuat daripada getah s3lipar.

Menurut gurunya, Harold ialah seorang pelajar yang rajin belajar. Tetapi keluarganya tersangat miskin waima sebatang pensil pun terlalu mahal untuk mereka.

Pelajar ini berhabis-habisan berjuang untuk mengatasi kekurangan serta kesukaran yang dihadapi ketika ini.

Pensil yang ada pada Harold digunakannya sehingga ia menjadi terlalu pendek dan sukar untuk dipegang dengan betul. Tetapi Harold tidak mahu membuangnya kerana dia tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada untuk belajar.

Sebenarnya, ada ramai lagi pelajar-pelajar miskin seperti Harold di dalam kelasnya. Dan masing-masing menghadapi kekangan kewangan juga cabaran yang berlainan.

Kesian ! Kanak-kanak miskin ini terpaksa guna selipar untuk memadam namun tetap cekal untuk belajar

Sejak Harold menyedari seliparnya boleh dijadikan sebagai pemadam, dia akan kongsikannya dengan rakan-rakannya yang lain yang senasib dengannya.

Dan kaedah memadam ini menjadi sangat viral. Guru Harold mengambil gambar Harold menggunakan seliparnya untuk memadam dan memuat naikkan gambar tersebut ke laman media sosial.

Hati warganet terusik melihatkan pelajar berkenaan dan ramai yang sudi untuk memberikan alat-alat tulis kepada pelajar-pelajar yang cekal ini.

keazaman untuk belajar dan berusaha meskipun serba serbi kekurangan amatlah terpuji. Semoga kisah kanak-kanak ini boleh memberikan insprirasi dan dorongan buat kita.

Sumber: imuslimnetwork

Baca :Pasangan kaki pancing terkejut Ikan Pari gergasi tiba-tiba melompat ke dalam bot

‘Lelaki itu bukan bapa kandung saya’ Rupanya ada cerita sedih Anggota Penguatkuasa yang tular rebah ketika perbarisan

Menakjubkan ! Teleskop paling besar dan mahal berjaya mengesan galaksi tertua di alam semesta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *