Khairulaming dah jadi ‘berhala’ sembahan orang masa sekarang?

Share Now

‘Khairul Aming berhala yang disembah ramai’. Kecoh di Twitter baru-baru ini apabila seorang individu memuat naik hantaran yang mengaitkan nama Khairul Aming dalam perkongsiannya itu.

Tindakan individu tersebut yang menggelarkan personaliti media sosial itu sebagai berhala yang disembah orang ramai telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan netizen.

Menerusi hantaran yang dimuat naik itu, individu tersebut memetik nama Khairul Aming dan mendakwa dia adalah sebagai berhala yang disembah oleh ramai pihak.

Menurutnya, pada ketika ini ramai yang menyembah Khairul Aming dan perkara itu perlu dijauhkan kerana ia merupakan berhala ciptaan Taghut yang melalaikan manusia.

Malah dia memberitahu golongan yang menyembah personaliti media sosial itu tidak akan mendapat apa-apa manfaat dan menegaskan hanya Allah sahaja yang dapat menyelamatkan hambanya.

Hantaran yang dikongsikan di Twitter itu kemudiannya menerima pelbagai reaksi dari netizen yang tertanya-tanya motif sebenar individu tersebut.

Susulan isu yang tular ini, rata-rata netizen turut mengkritik tindakan individu tersebut yang mengeluarkan kenyataan seperti itu dan boleh merosakkan nama Khairul Aming sendiri.

Ada juga yang mendakwa individu itu cuba untuk meraih populariti dengan memetik nama personaliti media sosial tersebut.

Dalam masa yang sama, ada juga yang menganggap mungkin juga individu tersebut tidak berada dalam keadaan yang stabil atau sihat semasa memuat naik hantaran tersebut.

Meninjau di ruangan komen, individu tersebut telah menerima kecaman hebat dari netizen yang rata-ratanya tidak menyokong kenyataan yang dikongsikan itu.

Menarik juga:

Artis Malaysia pula lagi s3ksi daripada artis Korea

Menteri boleh pakai Merc, BMW tapi rakyat ? Anak jati Kelantan luah kekecewaan tengok stesen bas negeri tak ada beza macam 10 tahun lalu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *