Kilang produk kesihatan terbakar, Api marak musnahkan 70 peratus premis Sebuah kilang pengeluar produk kesihatan di Kawasan Perindustrian Jalan Tandop dekat sini musnah dalam kebakaran pada Selasa.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 2.19 pagi.
“Sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dikejarkan ke lokasi kebakaran.
“Sebaik tiba di lokasi didapati api sedang marak pada bahagian pejabat di tingkat satu kilang terbabit.
“Tindakan pantas bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke bahagian lain dan memadam keseluruhan kebakaran dalam tempoh 15 minit,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohamadul Ehsan berkata kebakaran memusnahkan lebih 70 peratus struktur premis terbabit.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana kilang itu beroperasi pada sebelah siang manakala malam menghentikan operasinya.
Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan. -Sumber : awani
Baca : Bimbang dikecam orang, golongan ‘Gay’ sanggup beratur panjang untuk dapatkan vaksin cacar monyet
Bunuh ibu sendiri, penganggur bakal menerima hukuman mati jika sabit kesalahan
Ini ‘Serangan’ pertama Rafizi kepada Najib selepas menang jawatan Timbalan Presiden PKR