Kim Kardashian ada perangai pelik, ‘fetish kaki’ mendapat komen dari kakaknya Kourtney Kardashian TINDAKAN Kim Kardashian memuat naik gambar kakinya yang diletakkan di bahagian dada kekasih, Pete Davidson mengundang spekulasi bahawa bintang realiti itu mempunyai kesukaan pelik iaitu fetish kaki.
Tidak hanya pengikut Instagram, adik Kim iaitu Khloe Kardashian turut dilihat meninggalkan komen pada gambar tersebut dan bertanya sama ada kakaknya itu fetish terhadap kaki.
“Adakah kamu dah Pete juga mempunyai fetish?, kata Khloe yang merujuk kepada kakaknya, Kourtney Kardashian dan suami, Travis Baker yang pernah memuat naik gambar sama.
Kim dalam respon ringkasnya membalas komen Khloe dengan berkata tidak.
Kim mula bercinta dengan Pete, 28, sejak tahun lalu dan pasangan itu semakin terbuka tentang hubungan cinta kepada umum termasuk memuat naik gambar percutian mereka ke Tahiti baru-baru ini.
Sementara itu, menerusi episod terbaharu program realiti The Kardashian, penampilan sulung Pete dalam siri itu mengundang perhatian penonton apabila dalam salah satu babak, Kim mengajak teman lelakinya itu mandi bersamanya.
Babak itu mendapat kecaman netizen dan menganggap tindakan pasangan itu tidak bermoral. -Sumber : mstar/ig@kimkardashian
Baca :Seram! Pindah jantung ‘babi’ ke tubuh mayat manusia
Pelik! Lelaki haid selama 20 tahun, disangkakan kencing berdarah tetapi rupanya seorang wanita
‘Bercinta 8 tahun’, gadis dalam dilema pilih degree atau kahwin