‘King road’ berani mati, seret penunggang motosikal di Johor SATU video kejadian kemalangan langgar lari tular di aplikasi Telegram menunjukkan sebuah kereta Perodua Myvi dipandu laju selepas dikejar seorang penunggang motosikal.
Video berdurasi 36 saat itu menunjukkan pemandu kereta tersebut tidak memberhentikan kenderaannya walaupun cuba ditahan oleh penunggang motosikal yang menjerit memintanya memberhentikan kenderaan berkenaan.
Kelihatan seorang lelaki diseret dan terjatuh dari kereta berkenaan. Mangsa dilihat diseret beberapa kilometer sebelum tercampak ke tengah jalan.
“Oii bang ke tepi bang,” kata penunggang tersebut sambil mengejar Myvi tersebut.
Sementara itu dalam video berasingan menunjukkan individu dipercayai pemandu Myvi berkenaan berjaya ditahan orang ramai.
Turut tular gambar mangsa yang dilihat mengalami kecederaan parah di lengan dan belakang badan, pinggang dan pinggul.
Kejadian yang berlaku pada waktu malam itu dipercayai berlaku di Panchor, Segamat, Johor. — Telegram
-Sumber : Majoriti
Duda dipukul, ditemui dalam longkang tidak sedarkan diri
Khaby Lame manusia paling popular di ‘tiktok’, seorang penghafal Al-quran