KKM Umum Pemberian Dos Penggalak Kedua Kepada Individu Berisiko Tinggi

Share Now

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pemberian dos penggalak kedua kepada individu berisiko tinggi berumur 18 hingga 59 tahun dan juga petugas-petugas kesihatan barisan hadapan.

Dalam pada itu, pemberian vaksin Can Sini sebagai dos penggalak secara heterologus akan diperluas kepada penerima lengkap tanpa mengira jenis vaksin dos primer.

“Langkah ini bertujuan agar populasi Malaysia mendapat perlindungan yang optimal terhadap penyakit Covid-19,” jelas mereka menerusi kenyataan di laman Facebook.

Antara kriteria kelayakan pemberian dos penggalak kedua adalah mereka yang berusia 18 hingga 59 tahun yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan Covid-19 yang serius atau teruk.

Petugas kesihatan barisan hadapan seperti Pegawai Perubatan, Jururawat dan juga sekurang-kurang 6 bulan setelah menerima dos penggalak pertama.

Selain itu, kelayakan bagi pemberian vaksin Cab Sino Bio sebagai dos penggalak pula mestilah mereka yang berumur 18 tahun dan keatas dan telah menerima vaksin primer selain vaksin jenis Can Sino Bio dan Sinovac yang telah diluluskan sebelum ini. Agensi

 

 

Baca: KKM saran elak guna produk Kosmetik ini. Mengandungi racun yang boleh merosakkan buah pinggang dan sistem saraf

[VIDEO] Melampau ! Gadis Hulur Kaki Suruh Cleaner Bersihkan Kasut

Penjualan Minyak Masak Bersubsidi Diseludup Masuk Dari Kelantan Dan Dijual Di Premis Perniagaan Di Selatan Thailand

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *