Krisis ekonomi Sri Lanka, presiden akhirnya letak jawatan

Share Now
Krisis ekonomi Sri Lanka, presiden akhirnya letak jawatan
Krisis ekonomi Sri Lanka, presiden akhirnya letak jawatan. Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa meletak jawatan pada Khamis selepas melarikan diri ke Singapura setelah beliau menghadapi protes besar-besaran di dalam negaranya berhubung cara pemerintahannya menangani masalah krisis ekonomi.

Beliau sebelum ini dipercayai mahu meninggalkan Sri Lanka sebelum meletakkan jawatan bagi mengelak kemungkinan ditangkap di bawah pentadbiran baharu.

Surat peletakan jawatan itu dihantar melalui e-mel kepada Speaker Parlimen yang berkata bahawa beliau akan menyelesaikan proses undang-undang dan mengumumkannya secara rasmi pada Jumaat.

Kos makanan, bahan api dan bekalan asas lain telah melonjak di Sri Lanka berikutan krisis ekonomi yang diburukkan lagi dengan Perang Ukraine.

Jawatan Presiden kini dipangku oleh Ranil Wickremesinghe iaitu Perdana Menteri negara

Gotabaya telah melantik Wickremesinghe sebagai Pemangku Presiden ketika beliau berada di luar negara.

Ini kerana pada awal Rabu lalu, beliau melarikan diri dengan menaiki jet tentera ke Madivies sebelum pergi ke Singapura.

Beliau tiba di Singapura pada Khamis selepas terbang ke Maldives sebelum ini.

Laporan menyatakan dia ditemani isteri dan dua pengawal peribadinya.

Kementerian Luar Singapura bagaimanapun berkata, Gotabaya tidak meminta suaka politik – Sumber: Sinar Harian

 

Baca: Maut tercekik daging, pertama kali makan seumur hidup ketika nikmati makan petang

Gempar! Sri lanka diisytihar darurat

Pelik! Lelaki haid selama 20 tahun, disangkakan kencing berdarah tetapi rupanya seorang wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *