Lelaki ‘gersang’ intai guru wanita di bilik air

Share Now
Intai
Gambar Hiasan

Lelaki ‘gersang’ intai guru wanita di bilik air. Polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai mengintai guru wanita di Kompleks Sukan Negara, Seksyen 21 di sini pada 15 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, mangsa, seorang guru berusia 32 hadir ke lokasi kejadian bersama anak muridnya untuk menghadiri latihan perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan.

“Semasa mangsa berada dalam tandas wanita, mangsa dapati seorang lelaki mengintai dari bilik tandas sebelah.

“Suspek telah melarikan diri sejurus mendengar jeritan mangsa. Suspek disyaki seorang lelaki tempatan dan mangsa hanya sempat melihat paras kepala hingga mata suspek,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berkaitan kejadian itu turut tular selepas satu klip video berdurasi dua minit 11 saat memaparkan suspek mundar-mandir di lokasi kejadian sebelum masuk ke tandas wanita dimuat naik seorang pengguna media sosial.

Sehubungan itu, Mohd Iqbal berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk memburu suspek dan polis masih dalam proses mendapatkan semua rakaman CCTV di lokasi sekitar.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

“Sebarang maklumat lanjut berhubung kes ini, boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Kes Inspektor Hadi di talian 016-2745515,” ujar beliau. – Sinar Harian

Baca: Wanita Ini Alami Pengalaman Menakutkan Diintai 10 Kamera Tersembunyi Di Rumah Sewa

Dah kahwin tapi masih ‘Dara’, rupanya suami suka kaum sejenis

Plot twist ! Tular sebelum ini Pekerja Penapis Air yang kena r*gol rupanya ada sesuatu yang disembunyikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *