Lucinta luna buang ‘halkum’, nak jadi Ratu 9 Nyawa TIDAK pernah merasakan diri cukup cantik, selebriti sensasi Lucinta Luna sekali lagi melakukan pembedahan supaya dirinya benar-benar kelihatan seperti seorang wanita.
Terbaharu Lucinta sekali lagi menjalani pembedahan dipercayai membuang halkum dan perkara tersebut dikongsi sendiri di laman sosial Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, Lucinta melakukan pembedahan itu di sebuah hospital di Busan, Korea Selatan.
Tampil dengan imej baharu, Lucinta yang sebelum ini menggelar dirinya Ratu Keabadian kini mahu dikenali sebagai Ratu 9 Nyawa.
@lucintaluna12terbaring lemas tanpa bisa berkata kata karena luka pmotongan dleher inih dalam rangka pembuangan khodam 😢 gak peduli diliatin banyak orang yg penting dimasa depan Ratu udah cantik sepurna♬ Love Can Save It All – Andra
“Selamat tinggal Ratu Keabadian… selamat datang Ratu 9 Nyawa.
“Semenjak menjalani pembedahan pemotongan leher, rasa sakit untuk menelan makanan. Suapkan aku supaya cepat sembuh dan boleh bercakap dengan suara merdu.
“Doakan saya agar cepat sembuh dan boleh segara pulang ke Indonesia,” jelasnya.
-Sumber: Mstaronline
Baca : China ‘tayang video’ kepada murid-murid di sekolah,cara hargai ibubapa