Malang ! Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 35 kondominium

Share Now

Malang ! Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 35 kondominium

Malang ! Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 35 kondominium. Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut terjatuh dari tingkat 35 sebuah kondominium di Pandan Perdana di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, polis dimaklumkan kejadian itu selepas menerima panggilan daripada pengawal keselamatan kondominium berkenaan kira-kira jam 2.20 petang.

Katanya, siasatan mendapati, mangsa warga Indonesia dibawa ibunya yang bekerja sebagai pembantu rumah sambilan.

“Sebelum kejadian, ibu mangsa berusia 36 tahun telah meninggalkan anaknya yang sedang tidur di ruang tamu rumah sebelum turun ke bawah untuk membasuh pakaian di dobi.

“Semasa berada di bawah, ibu mangsa melihat orang ramai berkerumun di kawasan tingkat bawah dan mendapati mangsa adalah anaknya,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, dipercayai mangsa telah bangun dari tidur dan membuka ‘sliding door’ sebelum memanjat kerusi yang berada di balkoni.

Tambahnya, mangsa adalah anak bongsu daripada tiga beradik.

“Mayat kanak-kanak itu telah dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat. – Sinar Harian

 

Baca: Bunuh ibu sendiri, penganggur bakal menerima hukuman mati jika sabit kesalahan

5 penyakit maut yang mengancam dunia sekarang, no.4 yang paling terbaharu !

Rider rempuh wanita sarat mengandung 7 bulan! Suami mangsa mahu ‘bincang tepi’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *