Mangsa dedah cerita sebenar punca berlaku rusuhan m4ut bola sepak

Share Now

Mangsa dedah cerita sebenar punca berlaku rusuhan m4ut bola sepak

Mangsa dedah cerita sebenar punca berlaku rusuhan m4ut bola sepak . Seorang penonton yang terselamat dalam tragedi rempuhan penonton bola sepak di Stadium Kanjuruhan, kabupaten Malang mendakwa kekecohan bermula dari seorang peminat dari tribun selatan, lapor laman Kompas hari ini.

Penonton bernama Rizqy itu berkata peminat itu bertindak mendekati pasukan bola sepak Arema selepas anggota dan pengurus memohon maaf kepada penyokong atas kekalahan 2 gol berbalas 3 kepada Prasebaya.

“Perlawanan sebenarnya bermula dengan aman dan semua orang bersikap profesional semasa di padang.

“Namun apabila di saat akhir, ketika pasukan Arema tunduk ke arah penonton sebagai tanda maaf, ada seorang penyokong yang tiba-tiba meluru ke tengah padang,” jelas Rizqy.

Tambah Rizky, penyokong itu dipercayai meluahkan kekecewaan kepada pasukan Arema sebelum tindakannya diikuti oleh beberapa penyokong lain.

Situasi semakin tidak terkawal apabila penonton mula melempar objek ke tengah padang diikuti serbuan beramai-ramai ke arah pasukan bola sepak.

“Petugas keselamatan terpaksa melepaskan gas pemedih mata ke arah penyokong yang terus berada di tengah padang dan di situ bermulanya kekecohan kerana ramai yang mula panik.

“Semua orang berpusu-pusu mencari pintu keluar dan rempuhan menyebabkan golongan wanita dan kanak-kanak terjatuh serta dipijak,” ujarnya lagi.

Sehingga kini, angka korban insiden rempuhan ini sudah mencecah 130 orang termasuk kanak-kanak. – Agensi

 

Baca: Perlawanan bola sepak bertukar tragedi ratusan m4ut dalam rusuhan

Pulau Perhentian dah tak selamat?

Arab Saudi semakin jauh dari Islam konservatif apabila melabur 142 bilion untuk perkara ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *