Menakjubkan ! Teleskop paling besar dan mahal berjaya mengesan galaksi tertua di alam semesta

Share Now
Menakjubkan ! Teleskop paling besar dan mahal berjaya mengesan galaksi tertua di alam semesta
Teleskop James Webb (JWST)

Menakjubkan ! Teleskop paling besar dan mahal berjaya mengesan galaksi tertua di alam semesta. Teleskop James Webb (JWST) berjaya menemui galaksi berusia 13.5 bilion tahun yang kini dianggap sebagai tertua di alam semesta dan dilihat oleh mata manusia baru-baru ini.

Pendedahan itu diumumkan oleh seorang saintis, Rohan Naidu dari Pusat Harvard untuk Astrofizik di Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.

“Kami berpotensi melihat cahaya bintang paling jauh,” katanya.

Menakjubkan ! Teleskop paling besar dan mahal berjaya mengesan galaksi tertua di alam semesta
Galaksi GLASS-z13

Galaksi yang dikenali sebagai GLASS-z13 terbentuk hanya 300 juta tahun selepas Letupan Big Bang yang berlaku 13.8 bilion tahun lalu.

Teleskop itu berjaya menangkap pandangan GLASS-z13 dengan menggunakan instrumen Near Infrared Camera (NIRCam) yang mampu mengesan cahaya daripada bintang dan galaksi terawal.

Naidu dan rakan-rakan sekerja melibatkan sebuah pasukan yang dianggotaoi oleh 25 ahli astronomi dari seluruh dunia telah menyerahkan penemuan mereka itu kepada jurnal saintifik.

Teleskop yang bernilai AS$10 bilion (RM44.57 bilion) itu dilancarkan ke angkasa lepas pada Disember tahun lalu.

Ia merupakan teleskop terbesar yang pernah dimiliki oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dan dibina dengan kerjasama Agensi Angkasa Lepas Eropah dan Agensi Angkasa Lepas Kanada. – Agensi

 

Baca: Virus Marburg menyerang ! 2 kematian 98 orang kontak rapat direkodkan

Nelayan tangkap paus paling ‘rare’, dipercayai wujud ketika zaman prasejarah

Amaran ribut petir dikeluarkan, 5 buah negeri mengalami cuaca buruk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *