Mudah dan jimat ! Berita gembira buat kaki travel

Share Now

Mudah dan jimat ! Berita gembira buat kaki travel

Mudah dan jimat ! Berita gembira buat kaki travel. Berita baik buat ‘kaki travel‘, negara Jepun akan menghapuskan semua sekatan perjalanan COVID-19, termasuk keperluan pakej pelancongan untuk pelancong persendirian.

Pada 22 September lalu, portal The Japan Times melaporkan Perdana Menteri Fumio Kishida berkata bahawa ini menandakan peralihan dasar utama selepas hampir dua setengah tahun sekatan COVID-19 yang ketat di negara itu.

Kerajaan Jepun juga akan melancarkan program diskaun pelancongan domestik di seluruh negara, yang terpaksa ditangguhkan oleh kerana penularan jangkitan COVID-19 pada tahun 2020 lalu.

“Saya harap ramai orang akan menggunakannya dan mahu menyokong industri pelancongan, hiburan dan lain-lain yang telah bergelut semasa wabak koronavirus,” kata Kishida pada sidang akhbar.

Terdahulu, Pejabat JNTO Kuala Lumpur menyatakan bagi pelawat dari negara dalam senarai ‘biru’, termasuk Malaysia, ujian PCR semasa ketibaan dan kuarantin tidak lagi akan diwajibkan mulai 1 Jun.

Untuk makluman, sekiranya anda mahu melancong ke Jepun, anda perlu menerima tiga dos vaksin atau serahkan keputusan ujian COVID-19 negatif sebelum memulakan perjalanan anda.

Setakat ini, Jepun hanya mengiktiraf vaksin-vaksin seperti Pfizer, Moderna, AstraZeneca, Janssen, Bharat Biotech dan Novavax bagi dua dos pertama.

Manakala bagi dos penggalak pula, Jepun hanya mengiktiraf Pfizer, Moderna, AstraZeneca, Janssen dan Novavax.- TheVocket

Baca: Penyampai Berita TV3 menangis ketika baca berita. Ini punca dia menangis.

Tiba-tiba di ‘invite’ masuk group Whatapps? Ini cara nak halang orang tak dikenali ‘invite’ kita

Jangan melancong ke Thailand ! – mantan Ketua Polis Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *