Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan mendapatkan penjelasan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan pertemuannya dengan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Mengulas Barisan Nasional (BN) sebagai saingan utama PN, beliau berkata PAS mempunyai hak untuk memberikan pendapatnya sekarang tetapi Muhyiddin bertegas bahawa gabungan itu mesti mencapai kata sepakat sebelum pilihan raya umum ke-15.
“Saya telah membaca kenyataan itu. Saya juga berminat untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Saya ingin mendapatkan penjelasan apabila bertemu Hadi pada Isnin atau Selasa ini,” kata bekas perdana menteri itu kepada media selepas melancarkan sambutan ulang tahun keenam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di sini.
Presiden Bersatu itu berkata beliau ingin tahu sama ada mesyuarat PAS-Umno berlaku dan keputusannya, serta sama ada sebarang persetujuan dicapai.
Sebelum ini, Muhyiddin menerima penjelasan PAS bahawa desakan untuk bekerjasama dengan Umno hanyalah usaha tidak rasmi.
Hari ini, beliau mengingatkan hampir 1,000 hadirin pada majlis Bersatu bahawa PN sebagai sebuah gabungan telah sebulat suara bersetuju bahawa BN adalah musuh politik utamanya.
Beliau kemudian menggesa semua komponen PN menyelaraskan hala tuju politik mereka ke arah perjanjian ini menjelang PRU15.
“Tak boleh bersatu macam ni, PAS macam ni, Gerakan macam ni. Kalau tak tunjuk bersatu, rugi sebab mesej kat bawah ni tak jelas. Siapa musuh kita?” katanya semasa ucapan perasmian.
Hampir kesemua kepimpinan tertinggi Bersatu termasuk timbalan presidennya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan pengarah pilihan raya Datuk Seri Azmin Ali hadir hari ini, serta presiden Gerakan Datuk Seri Dominic Lau.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin tidak kelihatan pada majlis itu.
PAS juga tidak menghantar wakil ke sambutan Bersatu hari ini, begitu juga Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Progresif Sabah (SAPP).
Semalam, akhbar harian Melayu Utusan Malaysia melaporkan bahawa Hadi bertemu Ahmad Zahid dari Umno pada Selasa lepas dalam dakwaan cubaan untuk menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN).
Ketua Penerangan PAS Khairil Nizam Khirudin enggan mengulas berhubung dakwaan pertemuan itu tetapi menegaskan MN masih sihat dan bernyawa.
I have read your article carefully and I agree with you very much. This has provided a great help for my thesis writing, and I will seriously improve it. However, I don’t know much about a certain place. Can you help me?