Neelofa akhirnya mengalah dan sedia tunjuk wajah Bilal
Wajah ‘Muhammad Bilal’ bakal ditunjukkan tak lama lagi. Usia anak sulungnya kini sudah mencecah lapan bulan, selebriti popular Neelofa berkata dia terbuka untuk mendedahkan Muhammad Bilal kepada umum tidak lama lagi.
Memetik Media Hiburan, Neelofa berkata juga mahu anak kesayangannya itu membesar secara normal seperti mana kanak-kanak yang lain.
“Setakat ini Alhamdulillah Bilal membesar dengan baik. Sebagai ibu saya teruja untuk berkongsi yang dia sekarang sudah pandai merangkak.
“Sebolehnya saya tak mahu sekat pembesaran dia, biarlah sama dengan kanak-kanak lain. Malah, tidak lama lagi saya dan suami akan bawa dia melancong buat pertama kali.
“Saya pun akui dia akan terdedah dengan persekitaran luar. Saya pun tak halang kalau ada sesiapa terserempak lalu tatap wajahnya. Cuma kebanyakkannya faham dan menghormati privasi,” katanya.
Berkaitan:
Neelofa sokong Puteri Sarah, bangga dengan keputusan PS
“Aku penat berpura-pura”-Elyana hilangkan diri, mahu cari diri sebenar