Nelayan tangkap paus paling ‘rare’, dipercayai wujud ketika zaman prasejarah

Share Now

Nelayan tangkap paus paling 'rare', dipercayai wujud ketika zaman prasejarah

Nelayan tangkap paus paling ‘rare’, dipercayai wujud ketika zaman prasejarah Nelayan di Taiwan dari daerah Taitung tangkap jerung enam insang hidung tumpul (bluntnose sixgill shark) spesis prasejarah yang jarang ditemui, spesies yang dipercayai telah berada di Bumi sebelum kewujudan dinosaur.

Jerung itu adalah spesis yang jarang ditemui kerana ia hidup pada kedalaman 200-1,000 meter di bawah paras laut, pembantu penyelidik di Pusat Biologi Marin Pantai Timur Institut Penyelidikan Perikanan, Wu Jui-hsien memberitahu Agensi Berita Central (CNA).

Meskipun kebanyakan spesies jerung moden telah berevolusi dan memiliki lima insang, jerung bluntnose masih mempunyai enam insang seperti nenek moyang mereka, jelas Wu.

Nelayan tangkap paus paling 'rare', dipercayai wujud ketika zaman prasejarah

Menurut Wu, ikan seberat 420 kilogram itu ditangkap di Lautan Pasifik oleh bot nelayan yang berpangkalan di Taitung dan dibawa ke pelabuhan di daerah timur Taiwan, Xingang.

Hasil tangkapan berukuran kira-kira 395 sentimeter panjang itu akan dilelong pada Isnin.

Nelayan tangkap paus paling 'rare', dipercayai wujud ketika zaman prasejarah

Menurut Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN), jerung bluntnose disenaraikan sebagai “hampir terancam” kerana jangka hayatnya yang panjang yang menjadikanya buruan serta terdedah kepada eksploitasi.

Jerung bluntnose hampir menyerupai fosil berusia kira-kira 200 juta tahun dahulu. Berdasarkan maklumat yang disiarkan di laman web Muzium Florida,

-Sumber: bernama

Baca :Pelik! Jiran tak pernah nampak kelibat Zalina Azman

Gempa bumi sederhana landa selatan Sumatera, Indonesia

Anggota TLDM ditampar kerana tak pandang muka ketika salam

1 thought on “Nelayan tangkap paus paling ‘rare’, dipercayai wujud ketika zaman prasejarah

  1. Very nice post. I just stumbled upon your blog and wanted to say that I’ve really enjoyed browsing your blog posts. In any case I’ll be subscribing to your feed and I hope you write again soon!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *