Ngeri! kereta hancur terbalik, lima maut nahas jalan raya

Share Now

Ngeri! kereta hancur terbalik, lima maut nahas jalan raya

Ngeri! kereta hancur terbalik, lima maut nahas jalan raya Lima individu dilaporkan maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Jalan Raya Timur – Barat (JRTB) Gerik – Jeli berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Titiwangsa di sini pada Sabtu.

Mangsa maut dikenali, Mohd Rodhi Othman, 58 tahun; Ahmad Khomaini Abu, berusia 30-an; Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59 tahun; Siti Aishah Mohd Rodhi, 32 tahun serta seorang kanak-kanak perempuan Zara Hana Ahmad Khomaini; 5 tahun.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 5 petang itu melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Alza dan pacuan empat roda Toyota Hilux.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya siasatan lanjut berhubung kemalangan itu masih dikenal pasti.

Ngeri! kereta hancur terbalik, lima maut nahas jalan raya

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) Perak memaklumkan kejadian melibatkan tujuh orang mangsa yang mana dua mengalami cedera ringan.

Katanya lagi, mangsa-mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Jeli untuk tindakan selanjutnya.

Manakala mangsa-mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

-Sumber : awani

Baca : Zalim! Rupanya ramai jadi mangsa Wanita rambut ‘pink’

Rumah musnah, enam motosikal hangus dijilat api

Tiga lelaki melecur, kapal angkut minyak petrol terbakar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *