Nilai ringgit makin susut, Dolar AS dibuka lebih tinggi

Share Now

Nilai ringgit makin susut, Dolar AS dibuka lebih tinggi Ringgit terus menyusut nilai dan dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini apabila lebih ramai pelabur dilihat beralih kepada mata wang yang lebih selamat berikutan prospek ekonomi global yang tidak menentu, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, nilai mata wang tempatan turun kepada kepada 4.4450/4485 berbanding dolar AS daripada penutupan Khamis pada 4.4435/4450.

Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata dolar AS mengukuh berbanding ringgit pada hari Jumaat selepas pengeluaran data indeks harga pengeluar (IHPR) yang mengukur inflasi daripada perspektif perniagaan.

HPR mencatatkan angka yang jauh lebih tinggi daripada jangkaan, menambahkan lagi kebimbangan terhadap inflasi yang berleluasa di Amerika Syarikat.

Justeru, ini menyebabkan pelabur berpendapat Rizab Persekutuan AS perlu bertindak lagi untuk membendung kenaikan harga. Data tuntutan pengangguran awal juga lebih teruk daripada yang dijangkakan.

Nilai ringgit makin susut, Dolar AS dibuka lebih tinggi

“Dari sudut teknikal, USD/MYR berada pada paras tertinggi sejak permulaan pandemik. Tahap melepasi 4.4500 boleh memberi ruang kepada peningkatan selanjutnya,” katanya kepada Bernama hari ini.
Mata wang ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia menambah nilai berbanding pound Britain kepada 5.2580/2621 daripada 5.2762/2780 pada Khamis, meningkat berbanding euro kepada 4.4543/4578 daripada 4.4635/4650 dan lebih tinggi berbanding dolar Singapura pada 3.1664/1694 daripada 3.1717/1732 semalam.

Ringgit bagaimanapun lemah berbanding yen Jepun kepada 3.2011/2040 daripada 3.2009/2022 sebelumnya. -Sumber :BERNAMA

Baca : Kes Covid kembali mengganas, WHO gesa pakai pelitup muka dan penjarakan fizikal semula

Kawan Karib Cristiano Ronaldo beri ‘hint’. Ini kelab yang akan CR7 berhijrah selepas Machester United

Harga minyak masak akan turun dalam masa terdekat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *