Panda ‘An An’ tertua di dunia mati

Share Now

Panda 'An An' tertua di dunia mati

Panda ‘An An’ tertua di dunia mati Panda ‘An An’ tertua di dunia mati An An, panda jantan paling tua di dunia dilaporkan mati di sebuah zoo di sini, pada usia 35 tahun, Khamis lalu.

Tahap kesihatan haiwan itu merosot sejak beberapa minggu lalu dan tidak aktif selain kurang selera makan.

Haiwan itu bagaimanapun terpaksa ‘dimatikan’ oleh ahli veterinar menurut kenyataan Zoo Ocean Park.

Pengurusan zoo memaklumkan, usia An An bersamaan 105 tahun umur manusia dan ia keputusan yang sukar untuk menamatkan riwayatnya, namun sudah mendapat pandangan beberapa pakar.

Panda itu dilahirkan di kawasan hutan di wilayah Sinchuan sebelum dibawa ke Hong Kong bersama seekor lagi panda sempena ulang tahun kedua penyerahan bandar itu daripada Britain pada 1999.

An An bersama Jia Jia menghabiskan sepanjang hayatnya di Ocean Park.

Jia Jia juga pemegang rekod panda paling tua di dunia yang hidup dalam kurungan, dan mati pada usia 38 tahun, enam tahun lalu.

Menurut Dana Hidupan Liar Dunia, purata umur bagi seekor panda antara 14 hingga 20 tahun saja.

Pada 2021, An An menyambut ulang tahun kelahirannya bersendirian dengan hidangan buah dan kek ais krim buluh Haagen-Dazs.

Panda menjadi haiwan diplomatik daripada Beijing dan nama An membawa maksud kestabilan manakala Jia pula bermaksud pencapaian yang mengagumkan.

Pengurusan zoo turut meletakkan buku ucapan takziah bagi pengunjung yang mahu menzahirkan kesedihan atas kematian An An.

-Sumber : hmetro

Baca : Kesian ! Kanak-kanak miskin ini terpaksa guna selipar untuk memadam namun tetap cekal untuk belajar

Anak angkat dipukul sampai lebam, netizen kecam tindakan wanita gunakan kekerasan

Kejam! Makcik jual anak saudara sendiri, dengan harga lebih Rm8,000

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *