Pelajar tajaan MARA dapat ‘Durian Runtuh’ – Perdana Menteri

Share Now

Pelajar tajaan MARA dapat 'Durian Runtuh'

Pelajar tajaan MARA dapat ‘Durian Runtuh’ . Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kenaikan Elaun Sara Hidup (ESH) yang melibatkan 62,998 pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di dalam dan luar negara, berkuatkuasa serta-merta.

Beliau berkata, kenaikan itu susulan reaksi pelajar terbabit selain mengambil kira pelbagai aspek termasuk peningkatan kos sara hidup serta kekangan kewangan ibu bapa pelajar khususnya kumpulan B40.

“Kadar Elaun Sara Hidup pelajar sedia ada dan baharu bagi yang mengikuti pengajian dalam negara akan diseragamkan kepada satu kadar sahaja mengikut peringkat pengajian.

“Untuk bidang pengajian bermula peringkat Diploma sehingga Doktor Falsafah akan dinaikkan kepada satu kadar sahaja iaitu pada kadar minima RM650 sebulan sehingga maksima RM950 sebulan,” katanya dalam Program Aspirasi Kecemerlangan Keluarga Malaysia bersama 3,000 pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMA) di German Malaysian Institute.

Hadir sama di majlis itu adalah Menteri Pembangunan Luar Bandar, Mahdzir Khalid.

Selain itu, Ismail berkata, kadar Elaun Sara Hidup pelajar sedia ada dan baharu bagi yang mengikuti pengajian luar di semua negara diseragamkan kepada dua kadar sahaja iaitu kadar A dan B.

“Kadar ini dinaikkan kepada kadar minima RM1,380 sebulan sehingga maksima RM7,600 sebulan bermula dari peringkat pengajian Sarjana Muda sehingga peringkat Doktor Falsafah,” katanya.

Untuk rekod, kadar elaun sara hidup pelajar dalam negara sebelum ini adalah berdasarkan Kadar A bagi kawasan bandar besar dan Kadar B bagi kawasan luar bandar iaitu minima RM535 hingga maksima RM885 sebulan dari peringkat Diploma hingga Doktor Falsafah.

Manakala pelajar luar negara pula diseragamkan kepada Kadar A dan B sahaja termasuk Amerika Syarikat yang mana Kadar C dimansuhkan.

Sebelum ini kadar elaun sara hidup pelajar luar negara adalah antara RM1,200 hingga RM5,712 sebulan.

Baca: Lubuk minyak baharu dijumpai…

Perkara yang bakal berlaku selepas Ratu Elizabeth II meninggal ini akan mengubah sejarah Dunia

Lelaki ‘gersang’ intai guru wanita di bilik air

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *