Sejak awal tahun lalu, tular satu berita mengenai pasangan artis popular yang didakwa bersekedudukan ketika bercuti ke luar negara.
Malah, ketika kedua-dua selebriti ini menikmati percutian mereka, pelbagai spekulasi timbul dalam kalangan warganet termasuklah dakwaan kononnya mereka telahpun berkahwin.
Memetik laporan gosip yang disiarkan oleh Boom, berdasarkan sumber yang dipercayai mengakui pasangan pelakon berkenaan telah menggunakan khidmat katering syarikat miliknya untuk majlis yang diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja.
Tambahnya lagi, pengantin juga turut diraikan dalam satu majlis makan tengah hari secara kecil-kecilan sahaja.
Justeru itu, desas desus yang mengatakan percutian kedua-dua pasangan ini ke Eropah sekitar Januari lalu adalah bagi menikmati bulan madu mereka sebagai pasangan suami isteri yang sah. –Sumber
Baca : Kecoh majlis perkahwinan buat atas kubur, ini penjelasan tuan badan
[Video] “Nasib Sempat Kunci Pintu…”, Penghuni Rumah Bujang Diganggu Lelaki Gatal