Pelik! Ketam ada gigi seperti manusia, nelayan terkejut temui spesies ini

Share Now

Pelik! Ketam ada gigi seperti manusia, nelayan terkejut temui spesies ini

Pelik! Ketam ada gigi seperti manusia, nelayan terkejut temui spesies ini Seorang jurugambar dan nelayan laut dalam di Rusia mendapat perhatian netizen selepas memuat naik hasil tangkapan berupa seekor ketam yang memiliki gigi seperti manusia, lapor laman berita Wionews semalam.

Roman Fedortsov menyiarkan imej beberapa penemuan laut dalam yang paling luar biasa di laman Instagramnya.

Gambar paling mendapat perhatian adalah seekor ketam yang memiliki set gigi sempurna seperti manusia dewasa.

“Foto tersebut menerima tanda like dan komen paling banyak pada minggu lalu.

“Ada yang meluahkan rasa kagum dengan keunikan haiwan akuatik ini dan ada juga berasakan rupa fizikal binatang ini melucukan,” kata Fedortsov.

Lelaki itu terkenal sebagai pesohor media sosial yang mempunyai koleksi foto hidupan laut pelik di platform onlinenya. –Sumber : agensi

Baca : Kes Covid kembali mengganas, WHO gesa pakai pelitup muka dan penjarakan fizikal semula

Virus cacar monyet mula merebak di Singapura

Kawan Karib Cristiano Ronaldo beri ‘hint’. Ini kelab yang akan CR7 berhijrah selepas Machester United

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *